Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Berikut statistic kadar kelahiran anak luar nikah yang diuar-uarkan satu ketika itu. Kadar kelahiran ini akan semakin bertambah dan bertambah sehinggakan satu ketika anak yang berdaftar tanpa nama ayah dianggap biasa dan tidak janggal lagi dalam masyarakat kita. Mungkin setaraf dengan negara-negara maju yang sering dibangga-banggakan.
Ketika berbicara kadang-kadang sekali terdengar bahasa ibunda, ketika berpakaian jarang-jarang sekali memuatkan pakaian yang cukup benangnya. Kami anak 1Malaysia, kami rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama, tetapi kami bersatu, kami meraikan dan merayakan hari-hari perayaan kami bersama-sama, kami bangga menjadi anak Malaysia.
Andai ini kadar kelahiran tanpa ayah yang didaftarkan, berapa pula angkaan bagi bayi yang lahir tanpa ayah dibuang tanpa belas kesian. Tatkala zaman dahulu kala bayi lelaki sahaja yang dibunuh dan adakalanya bayi perempuan sahaja yang dibunuh namun pada penghujungnya ini tidak mengira jantina lelaki mahupun perempuan kedua-duanya dibunuh tanpa belas kasihan.
Membunuh bayi bukan hanya bermaksud menggunakan sesuatu yang tajam dan berbahaya hingga menyebabkan kemudharatan sampai meninggal tetapi andainya dibiarkan tanpa minuman dan makanan sudah cukup untuk mematikan seorang bayi, sekiranya dibiarkan kesejukan tanpa selimut juga mampu mematikan seorang bayi dalam kesejukan
Jangan kita terlampau leka memikirkan cara untuk menyelamatkan bayi sahaja, fikirkanlah cara untuk mencegah zina berlaku. Ikut hukum syariat yang cantik lagi indah mampu membendung gejala ini. Andai tiada penawarnya bagaimana kita mampu menghalang penyakit itu terus merebak tanpa batasan. Jauhi zina, jauhi pergaulan bebas, jauhi segala perkara yang menjurus ke arah maksiat.
Berikut laporan terbaru pembuangan bayi antara Oktober hingga 14 Disember 2010
14/12/2010
KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.
“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.
“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.
sumberKLANG: Seorang bayi lelaki yang dibalut badannya dengan kain tuala dan kain batik lusuh ditemui di lorong tandas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui seorang pengawal keselamatan HTAR pada jam 4 pagi.
"Bayi berkulit cerah seberat 3.85 kg dan tidak diketahui bangsanya itu ditemui dalam keadaan sempurna tubuh badan dan tiada kecederaan pada tubuh.
sumber
Comments
Sama2 beramal & menyebarkan...
Sesungguhnya, tidak ada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah..