ukhuwwah


Bismillah...

Sebelum memulakan coretan buat kali pertama pada tahun 2011, SH (Suara Hati) ingin mengucapkan selama tahun baru buat semua sahabat dan juga pembaca. Moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Ukhuwwah Islamiyyah.

Bukan mudah untuk membicarakan tentang ukhwah. Perbezaan ukhuwwah dan ukhuwwah islamiyyah adalah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah.Umat islam itu bersaudara.

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua orang saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat" Al-Hujurat : 10

Perhubungan persaudaraan ini bukan tujuan untuk mengambil kesempatan dengan kelebihan yang ada pada sahabat kita. Bukan jua untuk menumpang kekayaan yang dimiliki oleh sahabat. Hanya ikatan persahabatan kerana Allah sahaja akan mendapat keredhaan Allah.

" Persaudaraan sebagai satu jalinan hati dan ruh yang diikat dengan ikatan aqidah. Ikatan aqidah adalah ikatan paling kuat dan paling tinggi. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur" ~As Syahid Hasan al- Banna~

Berbicara akan ikatan aqidah yang sangat berkait rapat dalam tali persaudaraan, Allah berfirman:

" Dan berpegang teguhlah kamu, semuanya pada tali agama Allah,janganlah bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu , sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara , sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana . Demikian , Allah menerangkan ayat-ayat -Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" Al-Imran -103

Ukhwah jua mempunyai peringkatnya atau tahap tersendiri. Andai kita mampu mencapai tahap itu alangkah beruntungnya.

PERINGKAT UKHWAH
  • Salamatus Sodri (berlapang dada)/Husnu Dzon (berbaik sangka)
  • Al-Musawamah ( Persamaan-bersama mengharungi kesenangan dan kesusahan)
  • Al-ithar (mendahulukan kepentingan sahabat daripada diri sendiri)
Ingatlah setinggi- tinggi tahap ukhwah adalah ithar manakala serendah-rendah tahap ukhwah ialah Salamatus Sodri.

" Wahai manusia !Sungguh , Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal . Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa . Sungguh Allah Maha Mengetahui, Mahateliti." Al-Hujurat-13



Kita juga perlu diingatkan dengan kalimah Allah yang berbunyi:

" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa" Az-Zukhruf -67

Renung-renungkan dan selamat menghayati ..



Comments

suka bangat post ni tim..
mmg btul kan susah nk cari shbat yg brsama time susah dan senang..
aku sndiri pun msih mncri shbt yg sbgitu..
bisikan insan said…
betul2..mmg ssah nk cari shbt camni..andai telh jumpa jngn cuba leraikan prshbtn itu..