Hati


" Apabila Daie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam keranyadan runtuhlah dakwah di tangannya. kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang daie berkata-kata , bukanlah kecantikan paras rupa, bukan juga dengan aktif berpersatuan tetapi terletak pada keikhlasan dan kejernihan hatinya. Maka waspadailah hatimu selalu agar ia selamat dari kekotoran nafsu menipu..Sesungguhnya ramai yang berada di jalan dakwah tetapi belum tentu ramai yang cintakan dakwah. Moga kita menjadi golongan yang cintakan dakwah, memberi penjelasan akan hakikat islam sebenar kepada semua manusia. Hingga islam itu tinggi lantas hukum Allah akan ditegakkan...Takbir!!"

Kata-kata ingatan ini sedikit menyentuh hati kecilku...Andai aku tersilap langkah dan semakin leka..kejutkanlah aku wahai sahabat-sahabat sekalian..lemahnya diri dalam melawan nafsu sendiri. Dengan izin Allah dengan adanya sahabat-sahabat seperti antum semua semoga dapat menyedarkan diri yang hina ini.


"AKU ADALAH ANAK PANAH ISLAM.. CAMPAKKAN AKU KEMANA SAHAJA, NESCAYA AKU AKAN BERJUANG UNTUK ISLAM.."
-SAAD BIN ABI WAQAS-

Ya Allah jangan biarkan aku menjadi fitnah kepada perjuangan agamaMu..

Comments