Sebuah e-book telah hancur


Berita pendidikan dari kampungku...

Alhamdulillah, Negeri Terengganu sememangnya amat mementingkan pendidikan. Satu kelainan negeri penyu bertelur ini dengan negeri lain dengan kewujudan e-book yang digunakan untuk murid tahun 5 di sekolah rendah.


Antara kebanggaan yang diucapkan oleh kerajaan terengganu adalah seperti berikut:

“Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini,” katanya selepas melancarkan e-Book sekolah-sekolah negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini (akhir Mei'09).

Dengan itu seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 sekolah di negeri ini akan mula belajar menggunakan buku elektronik ‘e-Book’ dengan penyerahan buku itu yang akan diagih melalui Pejabat Pelajaran di daerah masing-masing.


Itulah yang diuar-uarkan...Jom kita terjah apa kesannya setelah hampir 3 tahun kewujudannya. Pemerhatian dibuat berdasarkan kawasan terdekat

1. Sebuah telah hancur di tangan seorang ayah dikampungku. Ayahnya juga merupakan seorang guru. E-book tersebut hancur dengan dasyatnya. Mana taknye..anak die dok mengadap e-book je main game tak belajar

2. Terkejut melihat seorang ibu sedang menjerit kepada anaknya..sudah-sudah la tu main game..balaja..ezam dah nak dekat..bawak e-book ke hulur kehilir..(tukar dalam bahasa terengganu)

3. Seorang guru besar berasa sangat marah apabila ada muridnya iaitu sekolah rendah yang cuba mengutuk guru besar. Mengatakan guru besar it MR. Bean..Beliau masing mencari siapa punya kerja...

4. Seorang guru meluahkan perasaan, kalu kamu orang dewasa ni, suke tak bace kat PDF dalam komputer, bace e-novel ke bace apa-apa jela..inikan budak-budak nak bace buku teks dalam komputer.


kes diatas melibatkan guru dan ibu bapa..sekarang ingin membicarakan perihal pelajar

1. Pelajar sekolah rendah sudah mula pandai menggunakan laman-laman sosial yang terdapat dalam internet. Sudah pandai berkenalan dan berbalas-balas komen..tag-tag gambar. Jadi masa yang sepatutnya digunakan untuk bermain dan belajar dihabiskan didepan e-book.

2. Game..Game house, Playcity, ..banyak la lagi...Semua didownload, tp ruang disediakan sedikit je. Tak cukup di download gune external hard disk sekali. Ok.

3. Selain itu, lagu-lagu juga tidak ketinggalan..boleh la muat 50 lagu dalam e-book tu



Kesannya pelajar akan dilalaikan dengan perkara-perkara seperti di atas tanpa memikirkan kelebihan yang sepatutnya diperolehi melalui kemudahan teknologi itu. Saya tak pasti You Tube boleh diakses atau tidak..kalu benar boleh, memang membimbangkan, ibu bapa harus memantau.

Takut melihat genarasi baru akan datang...mereka bagaikan terlampau seronok dengan kehidupan ini. Generasi yang terdedah dengan kemajuan teknologi yang tidak bertapis. Kita berbangga kita setaraf dengan kemajuan pendidikan negara maju lain. Tapi kita mungkin perlu lebih prihatin terhadap pelaksanaannya, pemantauan ibu bapa, password untuk menggunakan secara terkawal dan banyak lagi perkara.

Saya bukan menolak pembaharuan ini tetapi saya ingin pembahruan ini diiringi dengan langkah-langkah berjaga dan terkawal.

Itu sahaja berita kampung pisang yang tidak ikut format langsung Maaf mungkin ini berada disebelah pihak sahaja..sebab belum pernah dengar cerita kebaikan..sekiranya dengan akan dipost.

isu lain:
Ibu bapa kebanyakkan pentingkan akademik, takut menghantar anak ke sekolah gama ataupun maahad, dengan alasan susah nak dapat kerja

Comments