Kadang-kadang kita merasa diri ini lemah untuk menghadapi liku-liku kehidupan ini,
Namun dengan adanya sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan membuatkan kita menjadi kuat untuk menghadapinya,
Ingatlah janganlah merasa takut dan merasa sedih Allah setiasa bersama kita
Namun dengan adanya sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan membuatkan kita menjadi kuat untuk menghadapinya,
Ingatlah janganlah merasa takut dan merasa sedih Allah setiasa bersama kita
Mengadulah sepuasnya kepada yang Maha Esa sepuasnya,
Jadikan-Nya tempat mengadu yang paling dipercayai,
Setiap manusia mempunyai kesilapan, kita bukanlah maksum,
Dengan itu, ayuh kita amalkan amar makruf nahi mungkar,
Diri ini kadang kala lupa dan alpa,
Setiap manusia mempunyai kesilapan, kita bukanlah maksum,
Dengan itu, ayuh kita amalkan amar makruf nahi mungkar,
Diri ini kadang kala lupa dan alpa,
Sama-sama kita saling memperingati,
Sahabat yang baik apabila dipandang membuatkan diri ini sentiasa mengingatiNYA,
Tiada istilah tidak mampu mahupun tidak layak lagi dalam diri ini,
Andai telah ditetapkan begitu,
pasti Allah akan sentiasa memberi pertolongan kepadamu,
Keyakinan menjadikan ia menjadi realiti,
Keyakinan menjadikan ia menjadi realiti,
Aku bukan yang terbaik untuk mendapat yang terbaik,
Ilmu yang sejemput ini menyebabkan diri ini merasa sesuatu yang kekurangan,
Tetapi perasaan untuk mencari dan terus mencari menjadikan ia satu kekuatan,
Jangan ditunggu ilmu penuh di dada baru hendak bergerak,
Sambil menyelam kita minum air,
Islam tidak memerlukan kita, kita memerlukan Islam.
Jom sama-sama kita mantapkan lagi kefahaman kita terhadap Islam
Kerana Islam itu bukan hanya kepada bab ibadah semata-mata,
ISLAM meliputi setiap inci kehidupan kita,
ISLAM UNTUK SEMUA
Jangan jadikan aku sebagai fitnah dalam perjungan Islam,
Jangan jadikan aku sebagai penghalang kepada pejuang Islam,
Bersihkanlah hati ini daripada kotoran-kotoran,
Perbanyakkan diri ini mengingati yang Maha Pencipta,
Bersihkanlah hati ini daripada kotoran-kotoran,
Perbanyakkan diri ini mengingati yang Maha Pencipta,
Indahnya berada bersama mereka yang berada dijalan ini,
Kepahitan dan kemanisan dapat dirasai dan ditanggung bersama,
Kekuatan dapat dibina dengan mudah,
Menjadi salah satu bata-bata bangunan membuatkan kita saling memerlukan,
Sama-sama kita memastikan bata-bata itu berada dalam keadaan yang baik agar tidak berlaku sebarang ketidakseimbangan pada bangunan tersebut,
Andai ada bata yang semakin rapuh, jadikan kita sebagai pemegang setiap bucu bata tersebut,
Kerana yakinlah dengan ikatan dan pegangan ini bangunan ini akan terbina kukuh hingga keakhirnya,
Jagalah ikatan yang terbina ini sebaiknya hingga ke syurga.
SAYA ADALAH KAMU
KAMU ADALAH SAYA
KAMU ADALAH SAYA
UKHWAHFILLAH ABADAN ABADA
Comments