Wajah Baru

Sering kali ditegur memang susah nak ubah pendirian ek?
Yesss...saya memang susah nak ubah skali buat keputusan.
Sebab itu kena pandai memilih. Sebab andai tersilap pilih susah pula jadinya.
Nak diubah sesuatu perkara itu bukan mudah.
Tapi tidak bermakna menolak bulat-bulat pendapat yang lain.
Samalah dengan layout blog ini..memang susah nak tukar.
Bila dah tukar ambil masa pula nak tukar yang baru.
Mungkin tidak masa dan kelapangan untuk memilih layout yang baru.
Kali ini telah berubah kepada yang lebih feminin ada bunga-bunga lagi.
Sebelum ini kosong je.
Begitu juga dengan pendirian ini, mungkin bukan waktu dan keadaan yang sesuai menyebabkan ia susah untuk diubah,
Tiba ia juga boleh diubah bila-bila masa pada masa dan keadaan yang telah ditentukan
Berbalik kepada ketetapan pendirian seseorang itu,
Tidak salah pendirian itu ditegakkan sekiranya berada pada landasan yang betul.
Untuk mengatakan pendirian kita benar, kita mestilah betu-betul mengerti dan memahami mengapa kita berpegang teguh dengan pendirian kita,
Kita perlu mempunyai hujjah yang kukuh,
Barulah kita tidak mudah dipergunakan dan cepat mengaku kalah.
Namun begitu, sekiranya terlampau berpendirian teguh sehingga tidak mendengar pendapat orang lain langsung,
yang itu patut ditegur,
Jangan lupa ingatkan saya sekiranya saya berada pada tahap ini,
Muhasabah diri,
Kita tidak semestinya betul, pemikiran kita terbatas..
Mungkin apa yang kita fikirkan tidak sama dengan orang lain fikirkan..
Sebab itulah pentingnya bermesyuarat atau berbincang agar semua idea dapat dilontarkan kemudian menunggu keputusan bersama untuk memilih yang mana lebih bersesuaian.
Andai hujjah kita tidak diterima, jangan bersedih mungkin hujjah yang lain lebih baik untuk dilaksanakan pada ketika itu.
Cuba sedaya upaya belajar memahami pendapat orang lain...peringatan untuk diri ini...

Comments

Alhamdulillah..suke akk bace sini..jambatan ilmu srikandi...hebat Dia kurniakn semua ni... mg sntiasa dkrniakn idea yg 'best2' utk Islam...ameen...=)
bisikan insan said…
ameen..syukran akak..doakan kami disini agar terus istiqamah

Popular Posts