Yang terakhir



Alhamdulillah,hari ini bakal menghabiskan menghabiskan assgmnt yang terakhir PJM3106.
Menempuh hari-hari yang penuh dengan assgmnt dan kerja-kerja tertangguh kadangkal membuat hati sangat gelisah. Namun dengan tawakkal dan yakin dengan ketentuan-Nya akhirnya dapat menyiapkan satu demi satu kerja dengan jayanya.
Ada kalanya betul kata orang kita perlu menghadapi kesusahan dahulu untuk mencapai satu kejayaan yang manis. Dalam melalui liku-liku kehidupan awal hingga pertengahan tahun2011 ini banyak mengajar saya kehidupan yang sebanar.
Bersabar...Tahan Marah...Tepati Masa...banyak lagi...
Diri yang serba kekurangan ini mencari jalan penyelesaian bagi mengadapinya..
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, itulah kata-kata yang mampu dikatakan. Dalam apa jua perkarapun kita perlu bersungguh-sungguh. Tapi tidak semua perkara yang dapat diaplikasi sedemikian. Untuk melaksanakan sesuatu kita perlu mempunyai matlamat yang jelas apa tujuan kita melaksanakannya. Andai tiada matlamat mana mungkin sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Dalam tempoh setengah tahun ini, saya banyak diuji untuk bersabar..ada kalanya tidak terkawal ada kalanya dapat merasai indahnya nikmat orang bersabar sebenarnya...
Dalam medan dakwah kita sememangnya tidak dapat lari daripada ujian-ujian seperti ini. Namun saya berpegang kata-kata jangan cepat berputus asa. Betapa seronok dan gembiranya kita apabila dapat melihat sendiri kesabaran itu akan dibalas dengan sesuatu yang baik..Satu demi satu dapat diungkaikan..
Bersabar juga turut mengingatkan saya untuk tidak bertindak melulu. Kesannya juga dapat dirasa dengan serta merta apabila sesuatu keputusan yang dibuat tidak difikir panjang. Manusia itu pasti akan melakukan kesalahan. Semoga ketelanjuran berbicara tidak akan berulang lagi.
Bersangka baik juga dapat mengawal kesabaran. Jangan cepat membuat spekulasi sendiri terhadap sesuatu perkara. Kaji dan fikir dan fahami dahulu baru membuat kesimpulan yang sebanar. Bersangka baik banyak membantu kita dalam banyak aspek terutamanya dalam aspek persabatan.
Luahan perasaan sahabat-sahabat dan senior-senior sekeliling ini, sangat memberi kesan untuk mengharungi kehidupan ini. Pengalaman merupakan satu pembelajaran yang baik, tidak jauh juga bezanya dengan mendengar pengalaman dan masalah orang lain, diri ini mula membuat analisis tersendiri dan menjadikannya satu pengajaran dan iktibar. Oleh itu, jangan lepaskan peluang menjadi pendengar yang baik.
Jiwa ini juga banyak kali digoyahkan dengan hasutan-hasutan yang tak diingini. Membuatkan diri ini merasa perit sakit. Tetapi dengan adanya sahabat-sahabat dan peringatan terus daripada Yang Maha Pencipta terpaksa memujuk diri sendiri untk meneruskannya walaupun dilanda musibah. Bersatu kita teguh bercerai kita teguh...Masih banyak perkara yang ingin diluahkan , namun cukuplah setakat ini dulu...Semoga hati-hati tetap berpegang teguh dengan ikatan yang terbina selama ini. Waallahualam

Comments

Allahurabbi..:).. mg dinilai Allah ta'ala.... usia diri adalh utk Islam... suara hati utk Islam....mata hati...