Semasa kecil dulu selalu ditegur abah sekiranya membaca buku Matematik. Baginya sekiranya ingin belajar Matematik harus melalui latihan yang memerlukan pergerakan jari-jari ini membuat pengiraan bukan melalui pembacaan. Namun saya berbeza pendapat, saya lebih suka membaca terlebih dahulu, meneliti satu persatu contoh yang ada dalam buku rujukan barulah membuat latihan. Saya mula mengalami kekeliruan dalam strategi untuk belajar Matematik.
Bukan itu saja, abah juga amat pantang sekiranya saya membuat latihan apa-apa subjek sekalipun dengan melihat jawapan di belakang buku latihan. Melihat jawapan di belakang buku latihan merupakan sesuatu perkara yang lazim bagi saya. Terutamanya dalam menyiapkan latihan Matematik. Daripada jawapan itu saya mendapat keyakinan untuk menjawab soalan seterusnya. Daripada jawapan itu juga saya mendapat satu semangat untuk mencuba dan terus mencuba untuk mendapat jawapan yang sama dengan skema jawapan. Tetapi hal ini membawa masalah kepada sekiranya, jawapan yang disediakan itu salah.
Guru-guru juga memang tidak akan memberi jawapan terus kepada murid-murid untuk menjawab soalan yang diberikan kerana bimbang anak muridnya tidak berusaha untuk mendapat jawapan. Sekiranya saya menjadi guru kelak mungkin perkara yang sama akan saya lakukan, tetapi saya akan lakukan mengikut keperluan murid.
Itulah yang membezakan saya, bagi saya dengan melihat jawapan semasa membuat latihan Matematik lebih memberi kesan kepada saya berbanding membuat dan terus mencuba mencari jawapan yang kadang-kadang tidak terjumpa-jumpa sehingga menghilangkan mood untuk belajar benda yang susah. Tetapi sekiranya skema jawapan itu memang tidak dapat dilihat, saya akan mencuba menyelesaikannya semua dan meminta untuk diperiksa terus akan kesalahan yang lakukan untuk membuat pembetulan dalam jangka masa yang terdekat. Itulah cara saya belajar ketika di bangku sekolah dahulu. Kesannya hanya saya dan guru-guru saya yang tahu.
Kata kunci dalam peristiwa silam saya ini melibatkan tentang konsep peniruan. Apabila membicarakan akan konsep peniruan, ramai yang cuba mengaitkannya dengan teori yang terkenal iaitu Teori Bandura. Peniruan boleh berlaku melalui proses memerhati dan mendengar. Apabila ada peniruan, maka ada bahan yang perlu ditiru. Dalam erti kata lembut contoh yang boleh dijadikan sebagai ikutan atau dengan erti kata kehidupan iaitu qudwah, contoh teladan. Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali jua ada menceritakan akan lima aspek dalam pendidikan kanak-kanak dalam kitab ihya' iaitu qudwah (contoh teladan), mulahazah wa mutaba'ah(pemerhatian dan batasan), i'tiyad (kebiasaan atau kelaziman), isu al-thawab wa al iqab (ganjaran dan hukukan) dan nasihat (penyelesaian).
Saya mengaku denga jujur bahawa saya banyak belajar melalui peniruan. Lihatlah saya suka meniru jawapan di belakang buku latihan. Namun begitu, saya meniru bukan secara membuta tuli, bukan secara semudah-mudahnya. Saya akan mencuba dan berusaha dahulu disamping menjeling-jeling jawapan di belakang. Dalam kehidupan saya juga banyak meniru, saya suka melihat dan membuat analisa akan keadaan sekeliling saya. Apa yang baik saya akan ambil dan cuba laksanakannya. Berpegang kepada salah seorang ustazah saya, sekiranya sesekali kita membuat sesuatu yang baik jangan cuba kita tinggalkannya. Sesekali kita meninggalkannya, menjadi berat untuk melaksanakannnya kembali. Atau boleh dikatakan perlu berterusan.
Tidak salah untuk kita berubah ke arah lebih baik. Biar apa orang ingin membicarakan. Sedangkan Umar Al-Khattab boleh berubah masuk Islam. Kita yang sedia maklum fresh dari ladang keluaran produk Islam lagilah mampu untuk sentiasa berubah ke arah lebih baik. Tidak ada orang yang lahir dunia ini juruh(baik) sejak kecik melainkan nabi-nabi bab kata Ustaz Azhar. tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.
Cuba lihat di sekeliling tempat anda sekarang. Sekiranya anda menyedari anda berada sebuah suasana yang baik dan soleh solehah, cuba sedaya upaya meniru sedikit sebanyak perkara yang baik di sekeliling. Juga diingatkan bukan meniru secara melulu, tanpa membuat penilaian terlebih dahulu. Menirulah secara bertauliah.
Apa? Malu untuk berubah? Takut disindir menjadi ustaz dan ustazah?. Bab kata orang tua-tua mulut orang tidak akan tertutup sehingga nyawa diambil. Jangan malu untuk berubah, niat dan perjanjian kita hanya Allah yang tahu. Keredhaan Allah itu lebih penting daripada keredhaan manusia. Berubah sikit-sikit kalau tidak mampu. Bukan berubah terus dapat jadi baik macam malaikat.
Bagi mereka yang menyedari mereka mampu untuk menjadi agen pengubah jangan sia-siakan harapan golongan yang ingin berubah ini. Naluri dan fitrah manusia itu sukakan kebaikan. Hanya berjaya dikuasai atau tidak sahaja. Berilah sokongan kepada mereka. Jadilah qudwah hasanah yang mampu dicontohi. Sedarilah banyak mata-mata yang memerhatikan anda selain yang Maha Melihat.
Jangan Terus Menghukum..mereka memerlukan masa. Jiwa yang kuat akan menguasai jiwa yang lemah. Suasana biah solehah yang kuat disesuatu kawasan mampu mengubah penghuni-penghuninya. Suasana membentuk peribadi ataupun peribadi membentuk suasana terpulang. Sama seperti pakaian membentuk sahsiah atau sahsiah membentuk pemakaian yang sempurna.
Sebarkanlah fikrah Islam seluas-luas yang mungkin. Masih ada yang mencari-mencari.
Tidak rugi untuk menuju ke arah lebih baik. Saya juga mengaku andai tiada tarikan yang kuat daripada hati-hati rindukan biah solehah ini, mana mampu saya berubah seperti sekarang. Diri yang hina ini sering kali merasakan sangat bertuah dicampakkan di buni IPG Kampus Pendidikan Islam ini. Semoga kita sama-sama dapat membina dan menjaga biah solehah di kampus disamping menjelaskan fikrah bakal-bakal murabbi.
FIKRAH MEMBINA SAHSIAH MURABBI

Comments