Alhamdulillah, saya telah habis membaca kedua-dua buku hasil penulisan orang yang tidak asing lagi bagi masyarakat kampus iaitu Ustaz Riduan Mohamad Nor.
Sesiapa yang mengenali saya pasti lebih mengerti, andai diberi novel yang mempunyai muka surat senipis 150 m/s pun pasti tidak akan habis. Melainkan betul-betul diberi masa secukupnya untuk membaca. Ada yang menggelarkan diri ini mengeja novel bukan membaca. Novel Tautan Hati yang ditulis oleh Fatimah Syarha sungguh menarik, namun saya masih tidak mampu menghabiskannya samapai kini. Tetapi berbeza dengan buku-buku yang logik, fakta dan real. Buku-buku sebegini pasti menarik minat saya untuk membaca. Lain orang lain minatnya. (ceritanya utk post selepas ini)
Pada era kini, kebanyakan masyarakat sudah sedar akan nilai-nilai Islam, walaupun bagaimanapun masih ramai juga yang semakin jahil tentang Islam. Revolusi ini telah membangkit semangat penulis-penulis, termasuklah penulis novel dan majalah. Mereka sedar, jika musuh-musuh islam boleh menggunakan media massa untuk menyebarkan dakyah-dakyah dan serangan pemikiran tanpa disedari, kita juga UMMAT ISLAM mampu menggunkan media massa untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat.
DAKWAH MELALUI PENULISAN
Penulisan novel merupakan antara satu cara untuk menarik muda-mudi yang kaki novel dapat terisi dengan sedikit sebanyak petikan-petikan novel yang kadangkala diselitkan dengan tafsiran ayat Al-Quran , Hadis, nilai-nilai akhlak, dan kata-kata yang dapat merawat hati-hati yang kusam dan pudar. Sebelum ini banyak novel daripada Indon yang memperkenalkan novel-novel islamik. Namun kini, penulis Malaysia sendiri semakin ramai yang menggunakan novel sebagai method dakwah untuk mendekatkan jiwa-jiwa pembaca ke arah nilai-nilai Islam. Alaf 21 juga tidak meleaskan peluang menerbitkan novel-novel islamik Alaf 21. Begitu juga dengan majalah-majalah yang masih baru dikeluarkan seperti Synergy dan Solusi. Pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa terutamanya akan lebih cenderung untuk membaca bahan bacaan ini.
PERANAN RAKAN SEBAYA
Pengaruh rakan-rakan sekeliling yang membaca bahan-bahan bacaan yang berunsur islamik ini telah membawa satu budaya yang sihat. Kebanyakan mereka akan terpengaruh dan mula berjinak untuk memiliki bahan bacaan tersebut. Oleh itu, bagi mereka yang sedia kala sememangnya minat akan buku-buku dan majalah-majalah seperti ini:
PANDAI MEMILIH
Dalam keasyikan membeli bahan-bahan bacaan ini, haruslah pandai memilihnya. Jangan silap memilih buku yang luaran yang berunsurkan islamik namun dicampuk adukkan dengan perkara-perkara yang maksiat dan paling diminta jauh sekali, isi-isi yang dapat memesongkan akidah. Berpeganglah kepada akidah yang satu. Sekiranya mengalami perasaan ragu-ragu, cuba bertanya kepada orang-orang yang alim dan lebih memahami bidang tersebut, tanpa mengambil terus ayat-ayat tersebut secara bulat-bulat. Jangan dilupakan juga, pilihlah buku-buku fikrah. Terutamnya yang dikeluarkan oleh pustaka dewan fajar PDF ;). Dengan membaca buku-buku fikrah ini, mampu membentuk satu fikrah yang jelas dan melahirkan satu amal yang jelas. SATU FIKRAH SATU AMAL.
PELBAGAIKAN CARA
Ingin sekali dikatakan, gunakan apa cara sekali pun agar masyarakat mengenali ISLAM dan lantas ISLAM akan dijunjung tinggi. Kenalkan ISLAM barulah, masyarakat sedar akan hal yang berlaku disekelilingnya ini betul atau pun salah. Bukan sekadar mengikut apa yang disukai tetapi meninggalkan yang lain. Ambillah secara keseluruhan jangan ambil separuh-separuh. Islam itu syumul.
Umpama kata-kata Ustaz Syaari Ab Rahman dalam blognya , "Read, You'll Conquer The World"

- Cubalah mempromosikan kepada rakan-rakan yang lain
- Berilah mereka meminjam buku-buku kalian.
- Cuba menceritakan sedikit sebanyak jalan cerita yang menarik bagi menarik minat untuk membaca.
- Jadikan buku-buku ini sebagai hadiah untuk hari-hari istimewa.
- Susun cantik-catik buku-buku seperti di atas meja agar mudah kelihatan.(Buat daya tarikan)

Comments