SIHAT itu indah

Assalamualaikum, kali ini saya ingin berkongsi kandungan sebuah buku yang agak menarik yang telah dihadiahkan oleh dua orang sahabat seperjuangan, 2 A iaitu AI dan AH. Syukran kasiran sebab hadiahkan buku ini. Walaupun telah lama mendapatkannya, namun saya baru sahaja membacanya ketika waktu luang ketika bukanya semesta baru ini. Maklumlah awal-awal ini kuliahnya belum berat lagi, baru sesi berkenalan. Apa yang menariknya dengan buku ini adalah bermula dengan tajuk buku lagi. MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT karangan Dr. Adi Hashman. Tajuk ini sahaja telah mampu menarik minat pembaca mendalami buku tersebut.


Kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w sebaik-baik contoh teladan dan ikutan bagi umat manusia, segala sunnah Rasulullah s.a.w pasti mempunyai kelebihan dan hikmah tersendiri.

Buku yang agak menarik ini merungkaikan formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan Sunnah Rasulullah, kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia dan juga rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat.

Walaupun belum habis membacanya, dengan sekadar separuh bab yang telah dibaca menarik minat saya untuk berkongsi apa yang menarik dalam buku ini. Sebenarnya tanpa kita sedari kita perlu bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Teringat akan nyayian lagu raihan ingat lima perkara sebelum lima perkara antaranya sihat sebelum sakit. Pepatah arab juga ada mengatakan " kesihatan adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat. Tidak ada yang mampu melihatnya kecuali orang yang sakit".

Oleh itu untuk mengelakkan atau mencegah daripada penyakit-penyakit yang tidak diingin, kita perlu menjalani gaya hidup sihat dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w yang sangat banyak memberi manfaat kepada manusia. Contohnya dalam pergerakan solat, telah banyak kajian yang dilakukan menunjukkan banyak kelebihan bagi orang yang melaksanakan solat. Setiap pergerakan di dalam solat pasti mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bermula daripada takbiratulihram sehinggalah salam. Kita melaksanakan solat selama 17 rakaat dalam sehari. Dengan 17 rakaat itu memberikan 119 postur fizikal setiap hari atau 3570 postur setiap bulan dan 43 435 postur setahun. Setiap pergerakan dalam solat mempengaruhi sendi, otot dan tulang, hal ini banyak memberi manfaat kepada kesihatan.

Begitu juga dalam aspek pemakanan yang turut ditekankan. Dalam segal benda sekalipun, kita amat perlu bersederhana. Puasa dan makan secara tidak berlihan dan mengikut nutrisi yang seimbang mampu mengcegah daripada mengundang penyakit yang berbahaya yang kebanyakan yang datangnya daripada pemakanan kita sendiri. Perut itu gudang penyakit. Banyak tip yang dibicarakan mengenai pemakanan. Turut dinyatakan variasi makanan yang disebutkan dalam Quran.
Pertama sumber binatang,

  1. Daging burung - Surah Al-Waqiah-21
  2. Daging yang segar- Surah Fatir -12
  3. Binatang ternakan - Surah an- Nahl - 5&14
  4. Daging -Surah at-Tur -22
  5. Salwa (burung puyuh)- Surah al-Baqarah-17

Kedua sumber tumbuh-tumbuhan,

  1. Saranan memakan pelbagai buah-buhan dan sayuran - Surah Al-Mukminun-19
  2. kurma dan anggur - Surah an-Nahl-67
  3. Buah Tin -Surah at-Tin-1
  4. Zaitun- Surah at-Tin-1, surah al-an'am-99,surah al-Mukminun-20
  5. tanaman menghijau, delima- Surah al-Mukminun-19, Surah ar-Rahman-68
  6. Pisang -Surah al-Waqiah-29
  7. Biji-bijian -surah Yasin- 33
  8. Biji-bijian berkulit - Surah ar-Rahman -12
  9. Biji sawi- Surah Luqman-16
  10. Biji-bijian yang diketam- Surah Qaf-9
  11. Gandum -Surah Yusuf-43 dan 46
  12. Sayur-sayuran - Surah Abasa -28
  13. Sayur,timun, bawang putih, bawang merah, kacang, Surah Al-Baqarah -61
  14. Labu -Surah as-saffat-146
  15. Jahe- Surah al-Insan -17

Ketiga sumber haiwan yang bermanfaat

  1. Susu -Surah an-Nahl-66
  2. Madu- Surah an-Nahl- 69

Sekadar ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga kalian dapat manfaat daripadanya. Bolehlah mendapatkan buku ini sekiranya berminat.

Comments

AinNur Haris said…
assalamualaikum..
jemput datang ke blog SAYA kerana blog SAYA akan ditutup tak lama lagi..

sebelum itu minta pendapat dan komen saudari kerana blog saudari ini banyak beri inspirasi dan kekuatan utk SAYA berhijrah..

terima kasih banyak..

salam.. matacahaya@gmail.com
bisikan insan said…
waalaikumussalam..
syukran kak..inshaAllah saya akan berkunjung ke blog akak..
hanya skdar perkongsian buat smue ..ambil yang jernih buang yang keruh..

Teruskan mencari kekuatan kak..terima kasih jugak..