Mihrab Cinta

Alhamdulillah, saya masih dapat mengisi ruang-ruang post SUARA HATI. Sudah lama mencari masa untuk meneruskan usaha memenuhi ruangan ini. Ingin sekali saya memberi tumpuan terhadap apa yang ingin dikongsikan pada post kali ini.


Sudah menjadi satu rutin atau kebiasaan bagi kami untuk menghadiri BICARA SISWI yang dianjurkan oleh JPP Hal Ehwal Wanita Islam pada setiap Jumaat. Dengan ungkapan yang diucapkan oleh seorang pensyarah yang menyatakan " Mengapa muslimin boleh mendengar khutbah Jumaat setiap minggu, muslimat haruslah juga mempunyai pengisian tersendiri. Maka denga itu BICARA SISWI dijalankan setiap minggu.

Pada minggu ini, kuliah yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah di institut kami sendiri telah memberi sedikit sebanyak pengisian rohani buang diri yang lesu ini. Sedikit kekecewaan dalam diri berlaku apabila berada dalam k eadaan yang sangat mengantuk dan otak ligat memikirkan perkara yang lain telah sedikit sebanyak mengganggu tumpuan yang telah disampaikan.

Pendek katanya, tidak banyak ilmu yang disampaikan melekat di jiwa ini. Namun begitu, tumpuan yang singkat yang diperolehi terdapat satu perkara yang berkesan dijiwa. Walaupun ianya nampak kecil namun hakikatnya, ia merupakan sesuatu yang perlu kita renungi di sudut hati yang dalam.

Kita mungkin mudah untuk jatuh cinta dengan sesama makhluk. Mana mungkin tidak, banyak peristiwa dan kisah-kisah lari mengikuti jejaka pilihan, sanggup tinggalkan keluarga demi kasih sayang seseorang yang baru dikenali dalam masa yang singkat.

Apabila mengasihi sesuatu pula, sanggup melakukan segala jiwa raga tanpa mempertikaikan apa yang dilakukan. Yang pahit menjadi manis, yang busuk menjadi wangi dan kadangkala diikuti secara membabi buta. Mengagong-agongkan manusia melebihi yang lain.
Cintu itu sememangnya BUTA. Begitulah yang berlaku apabila kita sangat menyayangi Allah dan Rasulnya, pasti hati kita tidak akan berasa berat untuk melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Tidak banyak yang dipersoalkan sekiranya KEKASIH HATI menyuruh melaksanakan sesuatu perkara.

Ceramah yang disampaikan ini telah memberi satu jalan dan ruang bagi mereka yang berfikir untuk munasabah kembali sejauh mana CINTANYA KITA KEPADA YANG ESA, ALLAH. Meletakkan cinta Allah melebehi segala-galanya. Inilah dikatakan kemanisan iman.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dengan meletakkan Allah sebagai tempat utama kita mengadu dan merintih. Allah jugalah tempat kita melatakkan CINTA YANG PERTAMA. Umpama kata-kata yang diungkapkan penceramah tadi, mengadulah dan berinteraksi dengan Allah dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh harapan. Allah MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENYAYANGI

Comments