Ramadhan Kareemm

Sekian lama tidak meninggalkan jejak di blog ini..Rindu untuk menconteng bait-bait huruf disini. Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat Islam di muka bumi ini. Anggaplah ramdahan ini merupakan ramadhan terakhir buat kamu. Bulan mulia ini merupakan bulan tarbiyah buat kita untuk mengahadapai 11 bulan yang akan datang. Jadikan amalan-amalan ketika ramadhan ini sebati dengan diri kita.
Allah telah menawarkan pahala berlipat ganda ketika bulan ini.
Butiran tawaran adalah seperti berikut:
Tempat : BUMI ALLAH
Tarikh : 1/8/2011 (1 Ramadhan) hingga 29/8/2011 (29 Ramadhan)
Peserta : Semua umat islam di muka bumi
Hadiah : Berdasarkan amalan dan keihklasan, pahala yang berlipat ganda
Aktiviti : Ibadah Wajib, Bersedekah, Ibadah Sunat, dan banyak lagi
Penampilan Istimewa : Malam Laillatul Qadar ( Malam kemuliaan itu lebih baik dari pada seribu bulan ( Al-Qadr ayat 3)
Semoga kita dapat menyertai aktiviti-aktiviti bulan tarbiyah ini.
Perkara yang perlu dijaga ketika bulan ini:
1. Tutup aurat kalau tak nak pahala berkurang.
2. Jangan tidur terus lepas sahur elakkan dari terbabas subuh..(subuh gajah)
3. Elakkan perkara-perkara makruh ketika berpuasa
4. Mulut kena jaga (Diam orang berpuasa adalah zikir).
DLL..
Jadikan Madrasah ramadhan sebagai tempat melatih diri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi, dan InsyaAllah akan beristiqamah malaksanakannya untuk 11 bulan akan datang..

Comments