Saya baru sahaja menerima mesej daripada CELCOM yang menyatakan bermula 15/9/2011 caj sebanyak 6% dikenakan sebagai cukai perkhidmatan. Dengan itu diingatkan agar semua orang membuat TOP UP secepat yang mungkin sebelum naik harga.
Tadi juga baru menonton sembang-sembang pagi di TV Al-Hijrah. Bercakap mengenai caj 6% setiap penambahan TOP UP. Tidak perlu dinyatakan berapa penambahan setiap kali penambahan prabayar dilakukan. Walaupun bagi pandangan mata sesetengah pihak jumlah ini nampak kecil, namun dengan kadar yang ramai iaitu hampir 80% daripada berjuta-juta rakyat Malaysia menggunaan prabayar bukan secara bil dan kekerapan penggunaan berserta dengan keperluan menggunakannya. Jumlah ini sangat besar.
Jika sebelum ini kenaikan harga gula dikatakan sebagai langkah mengurangkan penggunaan gula bagi mengelakkan banyak masalah kesihatan, kanaikan bil elektrik sebagai langkah pengjimatan elektrik. Kini kenaikan cukai prabayar sebanyak 6% mungkin boleh dijadikan alasan sebagai langkah untuk mengelakkan pelajar bergayut bimbang kemerosoton dalam bidang akademik.
Secara amnya, saya yakin ramai pengguna prabayar merupakan dalam kalangan pelajar atau remaja. Golongan majoriti di negara kita. Hand phone dan remaja memang tidak dapat dipisahkan terutamanya bagi remaja yang suka bergayut dengan teman-temannya. Tambahan itu, kebanyakannya masih bergantung terhadap elaun ibu bapa.
Bagaimanakah kesan jangka pendek dan jangka panjang yang akan berlaku? Anak-anak akan mendesak ibu bapa memberi duit belanja yang lebih. Ibu bapa yang kurang pendapatan akan mengalami tekanan. Itulah sebahagian kesannya.
Tindakan PM yang mengarahkan agar hal ini wajar dikaji kembali amat wajar dilakukan.
Yb Rais Yatim jua menyuarakan agar ditangguhkan.
Kagum melihat ramai rakyat Malaysia sudah mula pandai berfikir dan berani bersuara. Sebelum ini ramai yang suka mengeluarkan kenyataan ini " Mengapa kita begitu-begini, kita patut bersyukur kita hidup selesa, aman dan damai di negara Malaysia ini. Mengapa perlu membantah tindakan itu ini". Sekarang sedikit demi sedikit pengislahan telah berlaku.
TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA
SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA
Comments
(^-^)y