Latihan dan Istiqamah

Pertamanya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang ada dimuka bumi ini...

LATIHAN

Benarlah firmaNya puasa bertujuan agar kita bertaqwa. Umpama kata seorang adik junior dalam tazkirah ringkasnya iaitu selama sebulan kita dikehendaki berada dalam workshop untuk membaiki dan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita untuk persediaan 11 bulan seterusnya.

Sejauh mana keberkesanan dan ketelusan puasa kita hanya Allah yang mampu menilainya..merupakan antara ibadah yang sukar untuk diramalkan akan ganjarannya.

Sekarang Ramadhan telah meninggalkan kita.

Sekiranya ketika Ramadhan lalu masjid dipenuhi dengan jemaah untuk solat terawih dan ibadah solat lain..Kini jemaah masjid seperti sediakala. Hanya 10 percent daripada jemaah ketika Ramadhan lalu. Sekurang-kurangnya ada sedikit penambahan hasil daripada institusi Ramadhan yang lalu.

Sekiranya ketika Ramadhan mampu untuk bangun awal pagi untuk menyediakan sahur dan bersahur, mengejutkan ahli keluarga untuk bersahur bersama-sama. Namun selepas Ramadhan tidak ramai yang mampu berbuat demikian lagi. Ramainya yang berazam ingin mengqada'kan tidurnya.

Sekiranya ketika Ramadhan ramai yang berkejar-kejar membaca ayat-ayat Cinta Allah sampai kehelaian terakhir. Kenapa bulan berikutnya tidak mampu untuk berlaku demikian

MUHASABAH dan KOREKSI DIRI

Jom kita sama-sam bermuhasabah

Logiknya, hari berganti hari. Tiada perubahan waktu yang berlaku ketika Ramadhan lalu. Masih sama 24 jam. Adakah rutin Ramadhan tidak valid atau tidak bersesuaian dengan bulan-bulan lain? Adakah amalan Ramadhan itu sebagai adat semata-mata atau sebagai ibadah? Jom kita koreksi kembali

ISTIQAMAH

Amal yang sedikit dengan istiqamah lebih baik daripada amalan yang banyak tanpa istiqamah. Pernah tak kita terfikir, puasa enam itu mengajar agar diri kita untuk beristiqamah. Sebulan kita berpuasa dan mentarbiyyahkan diri di bulan Ramadhan tidak akan diberhentikan begitu sahaja. Umpamanya seorang perenang yang selalu menjalani latihan renang tiba-tiba membuat keputusan untuk berhenti berenang, hal ini akan menyebabkan berat badannya semakin bertambah sekiranya tanpa penjagaan yang rapi.

Perenang seperti ini perlu perlahan-lahan menghentikan aktiviti renang dengan menjalani aktiviti ini dalam kadar yang berkurang. Begitu jua badan kita tidak akan terlalu terkejut dengan kehadiran makanan-makanan yang banyak yang memerlukan sistem percernaan bekerja untuk menghadamkannya. Sistem percernaan perlu bekerja perlahan-lahan sebelum memulakan kerja yang sangat kuat dalam tempoh sebelas bulan. Sebab itu puasa dikatakan untuk menjaga kesihatan. Ramai yang telah membuat kajian.

Berbalik kepada sejauh mana kita mampu beristiqamah dengan amalan-amalan rutin Ramadhan kita. Kekuatan melawan nafsu tidur dan makan menjadi keutamaan dalam kesinambungan latihan Ramadhan itu. Cuba mind setkan kita mampu untuk melakukan amalan-amalan Ramadhan dalam bulan-bulan seterusnya. Jika ketika Ramadhan kita mampu bangun malam, kita mampu solat sunat lebih sedikit, kita mampu mengkhatamkan Al-Quran. Cuba kita cabar diri kita untuk bertindak demikian pada bulan-bulan yang seterusnya. Jika bulan Ramadhan mampu, kenapa tidak mampu untuk bulan seterunya. Sama-sama cuba kita jadikan latihan Ramadhan sebagi penguat semangat.

Buat peringatan diri dan sahabat-sahabat

Comments