Sejarah yang Mengelirukan

Sejarah Mengajar Menjadi lebih dewasa...

Siapa pernah dengar lagu ini. Bagaimana sejarah mampu menjadi satu bahan pengajaran yang sangat berguna kepada kita. Antaranya sejarah kegemilangan islam yang tersebar di muka bumi Allah ini. Sejarah menceritakan bahawa Islam telah menakluk 2/3 bumi pada suatu ketika dahulu. Hebatnya penyebaran Islam ketika itu dan mengalami zaman kejatuhannya ketika zaman Khalifah Uthmaniyah. Hal ini sememangnya telah terbukti dengan adanya ummat Islam dimerata dunia.

Menjadi isu sekarang ini, apa yang berlaku sekiranya sejarah itu diputarbelitkan. Sekarang ini rakyat Malaysia mengalami dilema yang mana patut dipercayai dan diguna pakai. Guru-guru sejarah mula menjadi pening dan murid-murid dua kali pening. Waris-waris yang dikatakan pejuang tanah air mahupun pejuang komunis mula bersuara dan mungkin ada yang cuba bersembunyi atau disembunyikan. Rakyat biasa menjadi bingun. Apa nilainya buku-buku sejarah yang diajar di sekolah.

Apa nilai-nilai pejuang-pejuang agama di tanah air kita seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, dan To'ku Paloh dan juga pejuang-pejuang nasionalisma yang 'memeroleh kemerdekaan tanpa tumpahan darah'.

Kita ingin berhujah dengan orang berilmu, perlu mempunyai ilmu jua. Jangan berhujah dengan menggunakan logik akal semata-mata. Jangan mudah menerima sebulat-bulatnya sesuatu kenyatan. Kaji terlebih dahulu, barulah lebih bersedia.

**Ambil mood nak berlakon untuk bulan kemerdekaan ni..Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan yang mengelirukan.

Comments