yess.......... I Love Allah so much.
Berpegang pada surat CINTA Allah turunkan iaitu,
" Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"
Al-Baqarah-286.
Benarlah..melalui ranjau kehidupan ini. Allah tidak membebani di luar kemampuanku. Sebab itulah I LOVE ALLAH..
Allah tahu sejauh mana kemampuanku untuk menghadapai segala ujian yang diberikan oleh-Nya.
Seringkali turut bersimpati dengan rakan-rakan lain yang menghadapi masalah dan ujian. Namun janji Allah itu benar. Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuan. Yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebab itulah, kita harus sentiasa bersangka baik (Husnuzon) terhadap Allah mahupun makhluk. Berfikiran positif. Semua kenyataan ini hasil daripada nasihat sahabat-sahabat apabila kita dilanda masalah mahupun musibah.
Saya sayang Allah, Allah tahu saya masih tidak mampu membeli sebuah laptop yang baru. Allah bagi peluang bagi laptop ini masih berguna dan bermanfaat selama 3 tahun setengah. Biarpun laptop ini tidak semahal laptop orang..*PURPLE DAISY* u r the best laptop in the world yang pernah saya ada walaupun agak lembab. Berapa banyak assingment dah siap dengan laptop ini.
Selain itu, apabila Allah bagi saya jawatan dan tanggungjawab, Allah nak uji saya macam mana saya menerimanya dan Allah bagi sekadar kemampuan saya. Sekiranya saya hadapi masalah, saya tidak berseorangan Allah tolong saya, Allah hantarkan sahabat-sahabat seperjuangan saya yang selalu membantu ketika kesusahan. Allah permudahkan urusan saya sekadar yang saya usahakan. Kadangkala melebihi daripada usaha saya.
Kadangkala orang lain pelik dan risau dengan saya berkenaan dengan waktu pembelajaran saya yang sukar untuk orang membaca dan memahaminya. Namun saya yakin ' Jika tolong agama Allah, Allah akan tolong saya'. Sebab itulah saya sayang Allah. Anda pun mesti pernah merasai nikmat ini. Tetapi bukan setiap masa Allah menunjukkan kekuasaanya saya mampu mengimbangi pelajaran saya, pernah juga Allah memberi kejutan agar saya bangun kembali dan perkemaskan lagi jadual kehidupan ini. Selepas itu, saya akan lebih berhati-hati. Moga kejayaan saya dunia dan akhirat dapat diimbangi sebaiknya. Dunia ini jabatan untuk Akhirat kelak. Apa yang mampu ucapkan, kejayaan dunia itu rezeki dari Allah. AYUH MENUNAIKAN SOLAT, AYUH MENUJU KEJAYAAN.
Kalau nak diceritakan banyak lagi. Moga Allah menetapkan hati hamba-hambaNYa ini terus thabat dalam perjuangan untuk menegakkan ISLAM. Agar hidup ini tidak sia-sia dan memenuhi keperluan untuk hidup semata-mata.
Dunia ini umpama syurga bagi orang kafir, penjara bagi orang mukmin, Namun Akhirat itu syurga bagi orang mukmin dan penjara selama-lamanya bagi orang kafir.
LOVE U SO MUCH ALLAH
Comments