Indahnya Perjuangan ini

Begitu cepat masa berlalu..
Hari itu bagaikan semalam baru berlaku..
Terlalu banyak yang ku pelajari daripada kalian..
Erti kecekalan.ketabahan..kesabaran..berfikiran rasional..
Atas erti mengenal kehidupan yang sebenarlah ku mengenali kalian..
Atas erti indahnya berada dalam jalan perjuangan..
Tidak pernah mengenal penat lelah bekerja..
Berkorban harta benda jiwa dan perasaan...
Tidak dihirau akan caci maki dan dipulau...
Kerana yakin bahawa inilah erti perjuangan yang sebenar..
Menegakkan kebenaran dan mengcegah kemungkaran...
Perjuangan yang sebenar tidak lengkap tanpa adanya ukhwah islamiyyah..
Ukhwah antara kitalah faktor utama kita masih berada dalam jalan ini..
Andai tidak dijaga akan ukhwah yang suci pasti kita tidak mampu melaksanakan sendirian..
Nasihat dan peringatan- peringatan masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini..
Ku yakin ini bukan nasihat dan peringatan terakhir daripada kalian..
Kalian tidak akan membiarkan kami tersasar atau terhanyut arus...
Ku yakin kalian sangat sukar untuk melepaskanya..
Namun fitrah perjuangan..kita bukan memulakan perjuangan namun kita penyambung rantai-rantai perjuangan...
Kami masih memerlukan bimbingan dan bantuan daripada kalian..
Ukhwah kita tidak berakhir di sini..
Ukhuwah ini akan berterusan hingga ke syurga...
Wahai pejuang-pejuang agama Allah..jangan cepat berputus asa..Ingatlah kemenangan itu hak milik Islam...Allah akan membantu hamba-hamba yang memperjuangkan agamaNya..
Tiada istilah kalah dalam perjuangan..hanyalah SYAHID atau KEMENANGAN....
Perjuangan perlu diteruskan..
Ayuh kita kukuhkan lagi batu bata bangunan yang kita bina ini...
Saling berpaut bahu..berpaut simen bagi mengukuhkannya...
Saling menghiasinya dengan cat-cat jenama iman, amal dan taqwa...
Semoga urusan kita akan dipermudahkan...
Ukhwah atas dasar akidah mempunyai kuasa untuk mengekalkannya..
PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS
TRIBUTE buat pelajar semester akhir 2011....

Comments