KIRA-KIRA $$$

Selamat bercuti..


Alhamdulillah dah tiba masa cuti. Cuti buat kali ini memang niat untuk duduk rumah sahaja sebab inginkan meneruskan persediaan untuk masa akan datang..Ambil lesen...Malu pun ada, semua orang yang sama umur ni semua dah ada lesen. Tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa ditangguh-tangguh. Nak kata terlalu sibuk time cuti sekolah takde lah sangat. Faktor kewangan pun takda la sangat jugak. Menjadi adat keluarga, buat lesen mestilah guna duit sendiri. Bukan ayah tak mampu, tetapi nak ajar berdikari.

Time cutilah inilah full time dapat sama-sama keluarga. Nekad nak dapatkan lesen jugak. Inipun dikira perngorbanan dan perjuangan gak. Tanpa lesen susah la skit nak bergerak, takkan nak mintak tolong orang je memangjang. Usaha itu perlu. Sepanjang cuti ini juga, saya akan kurangkan program-program luar. Mintak maaf adik-adik kesayanganku, dah la jarang balik umah, cuti panjang je balik. Tak sempat nak ajar adik-adik. Nama je cikgu, adik-adik tak terajar. Tahun depan ada adik exam PMR, boleh la fokus kat dia, tahun ni adik yang sorang ambil PMR, rasa bersalah pun ada tak dapat nak tumpu perhatian kat dia.

Satu lagi duk rumah ni kenalah tolong mak basuh baju, lipat baju, masak-masak dll. Bila lagi nak perkemaskan diri nak buat semua kerja-kerja ni. Lepas ni kerja tak sempat nak belajar dah. Ringan-ringankalh tulang nak membantu. Perkemaskan skill dulu. Tetapi memang rasa kekosongan gak, terasa juga nak joint mana-mana program tetapi apakah dayah. Selesaikan apa yang patut dahulu.

Kembali pada nak buat lesen, tanya akak kat tempat lesen tadi cakap RM1261 kereta dan motor, termenung jugak. Kereta sahaja RM 1161, motor sahaja RM361. Duit keluar mudah je macam air, tapi nak masuk balik susah. Saya suka cakap, tak pa duit boleh dicari. Betul, sekiranya kita pandai untuk menjananya.

Elaun tahun depan saya kena lebih pandai menguruskan kewangan, pendapatan sampingan yang diperolehi akan disimpan di tempat berasingan untuk melihat berapa keuntungan. Kena lebih memerah otak macam mana nak dapat duit. Perniagaan kecil-kecilan sebelum ini agak kurang terurus sikit. Tahun depan nak mengembangkan agensinya ke tempat lain. Kena berani untuk bertindak.

Selain itu, penting juga ibu bapa membuka akaun anak-anak sejak kecil. Lahirnya anak terus buat akaun, duit raya anak-anak masuk dalam tabung. Masa kecil-kecil dulu mak ayah tak terbuat sebab-sebab tertentu. Untuk adik-adik, saya cuba untuk bertindak sedemikian. Dan yang paling penting saya akan membuat perancangan untuk anak-anak kelak.

Berada di jalan ini usah dirisau akan pengorbanan wang ringgit, seperti yang saya nyatakan tadi, duit boleh dicari. Tetapi perlulah dengan cara yang halal. Saya mengaku memang tidak mempunyai wang simpanan yang banyak seperti sahabat-sahabat yang lain. Namun saya bersyukur tidak pernah kelaparan dan tidak pernah duit menjadi sifar. Oleh sebab itulah, saya perlu menggunakan altenatif lain untuk memastikan sumber kewangan terus bergerak. Perancangan lebih tersusun untuk tahun hadapan. Diari kewangan 2011 agak merosot dengan diari kewanagn 2012 akan bergerak atas pengajaran yang berlaku pada 2011.

Tahun hadapan lebih banyak dugaan berkenaan kewangan ini, bayar duit rumah sewa, praktikum, bayar itu ini. Dengan itu, pengurusan kewangan bagi aspek keperluan harian, makanan dan kehendak akan dilihat kembali. Makanan tidak boleh mewah-mewah sangat sekadar menghilangkan lapar. Barang-barang yang hendak dibeli perlu difikirkan akan keperluan dan kehendak.

Teringat ketika belajar di Kelantan ketika sekolah menengah dahulu, yuran kena bayar RM 30 sebulan. Duit belanja balik sebulan sekali dibekalkan dalam RM 30 juga tak lebih, pastu bayar dobi RM 10, tiket bas ulang alik RM22. Duit belanja RM 30 sebulan itu pun masih mampu beli coklat dan baju kat adik-adik. Sekarang ini RM 620 sebulan ada juga time-time tak bawa balik buah tangan kat adik-adik. Duit elaun digunakan untuk makan, keperluan diri , buku-buku, yuran-yuran persatuan, prepaid, tahun depan rumah sewa, bil elektrik dan air banyak lagi. Jadinya kenalah buat perancangan baik-baik. Persiapan untuk berkeluarga kelak.

Siapa yang paling sesuai jadi menteri kewangan dalam keluarga? Suami atau Isteri? pernah buat perbincangan seperti ini. Ada yang menyatakan di rumah mereka ibu mereka menjadi menteri kewangan segala barang-barang dapur emak yang beli dan uruskan, perbelanjaan persekolahan anak-anak jua. Ada pula menyatakan ayah menjadi menteri kewangan, semua kad bank ayah pegang, setiap bulan akan keluar sekali untuk beli barang-barang keperluan bulanan. Yang simpanan di simpang elok-elok. Ini bagi mereka yang dua-dua bekerja. Tapi seringkali dingatkan duit isteri duit isteri, duit suami duit isteri juga. Namun tak salah saling bantu-membantu dalam menguruskan kewangan keluarga.

Bagi ayah sahaja yang bekerja kebanyakan memang ayahlah menjadi menteri kewangan, setiap bulan duit untuk perbelanjaan keperluan rumah dan persekolahan anak-anak diberi terus kepada isteri untuk diuruskan. Dalam hal ini, suami jadi ketua menteri, emak jadi penolong ketua dan setiausaha menteri yang membuat perancangan kewangan sebaiknya. Saling bekerjasama.

Comments