Hari ke-3 dah berada di syurga duniaku. Esok dah mula kelas. Setakat berada di rumah dah dua menu makanan dibuat sepenuhnya tanpa bantuan emak.
Semalam 'Bihun Singapore'. Maklumla tak nak emak ganggu saya punya resepi. Betul-betul nak buat sendiri. Pergi dapur cari bahan-bahan, tengok bahan-bahan dapur dah kurang..akhir bulan katanya. " Mak, mane serbuk lada hitam?" . Mak pun menyahut, " Nak buat apa?. " Bihun goreng yang putih tu". " Letak serbuk lada hitam jugak ke?". Sebelum ni resepi di sini tak pernah gunakan serbuk lada hitam masak bihun putih. Saya pun tak pasti sebenar cara orang sini masak masakan ini. Belajar buat bihun singapore ni pun kat tempat belajar. Saya letak bahan-bahan ikut suka hati je, tak de sukatan rujukan. Ini antara bahan saya letak.Itu je yang mampu, takda tambahan lain macam fish ball ke daun kucai ke. Ini bukan belajar, tapi mereka-reka resepi. Suka buat inovasi sikit. Tak apa bukan selera orang terengganu pun.
1 bungkus besar bihun (direndam dalam air suam sehingga lembut)
7 biji bawang merah(dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 kiub ikan bilis
1 sudu cuka
1 setengah sudu serbuk lada hitam
Garam Gula secukup rasa.
Maka siaplah bihun singapore. " Mak siap...". " Adik, nak makan tak..sedap... ". Adik-adik lelaki mula menyerbu ke dapur. Ambil pinggan satu sorang, makan terus panas-panas. Bihun ni sampingan je, nasib baik abah dah makan nasi baru balik dari kerja. Mak sempat lagi bagitau simpan sikit buat kakak dan abah. Baru tahu perasaan sebenar seorang ibu bila anak-anaknya seronok makan masakan dia. Mak selalu cakap dia berselera makan makanan anak-anak daripada makanan dia sendiri. Adik-adik tak puas makan, kenapa buat sikit sangat.
Hari ini atas permintaan semalam bihun tak mengcukupi, buat nasi goreng pulak. Resepi yang sama. Cuma bihun ditukar jadi nasi lebih tengah hari. Cuka ditukar jadi sanquick. Tiada kiub ikan bilis, tukar 2 biji telur. Sebelum cuba main-mainkan mak nak ganti ikan bilis dengan BUDU. Mak menjerit..JANGAN..nanti tak da orang makan takut rasa lain. Nak letak sanquick ini pun serba salah, mak takut jadi lain. Tak pernah dibuat orang. Tapi saya suka main-main tukar resepi. Buat eksperimen. Goreng-goreng..siap. Abah orang pertama makan. Campur lauk nasi lemak pagi tadi tambah telur goreng. Puff...Licin lagi hari ini..Seronok-seronok. Sebelum ini, tak adalah rajin sangat nak turun dapur masak resepi sendiri. Tapi niat cuti ni nak turun dapur, kenalah tunaikan. Bila dah ada niat tu, tidaklah rasa liat sangat.
Nak letak gambar, tapi takpelah..tak ada telefon canggih. Nak pinjam yang adik-adik takut diorang perli lak.
Sambung untuk seterusnya.

Comments