Sebarkan Cinta-Mu

Bismillah..


Rase macam tidak percaya pulak..Believe it or Not...

Saya telah mengkhatamkan satu buah novel yang setebal 870 m/s...


Entry sebelum ini saya ada menyatakan sukar untuk melekat pda sbuah novel..

namun hakikatnya minat itu boleh dicari...minat kepada sesuatu yang fakta dengan itu seharusnya novel yang berkonsepkan fakta lah yang harus dibaca...


Novel Sebarkan Cinta-Mu hasil karya kreatif Fatimah Syarha Mohd Noordin telah menambat hati ini untuk melekat membacanya walaupun time mood exam..
Bukan memilihnya kerana persamaan nama, bukan memilihnya atas persamaan negeri tetapi memilihnya atas ilmu yang dimampatkan dalam bentuk penulisan yang kreatif yang membenarkan ilmu itu tersebar kepada masyarakat tanpa disedari, terutamanya kepada pembaca-pembaca.
Novel ini bukan novel sebarangan. Novel ini merupakan supervisor kepada kajian master dijalankan oleh beliau. Novel ini juga bukan novel sebarangan kerana ia sebuah NOVEL TAUHID.


Jumlah muka surat yang agak tebal tidak menghilangkan semangat untuk menghabiskan...

Pada awalnya sahabat memperkenalkan novelnya yang terdahulu iaitu Tautan Hati, namun novel tersebut tidak mampu dihabiskan..


Kali ini diperkenalkan pula dengan Novel Sebarkan Cinta-Mu, setelah dibelek-belek suara hati tertaut dengan pelbagai info fiqh wanita, info fiqh keluarga,info akhlak, info tafsir, hadis, ayat-ayat suci Al-Quran dan sirah-sirah nabi s.a.w dan sahabat-sahabat yang diselitkan di dalam novel ini. Sungguh memberi kejernihan pemahaman umpama tema yang ada pada cover muka depan iaitu
" Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya.
Benarlah kata penulis Zahiruddin Zabidi yang menyatakan bahawa novel ini diisi dengan kekentalan hujah dan wacana seputar isu munakahat khususnya POLIGAMI.
Daripada awal penulisan hinggalah ke mukasurat terakhir berapa patah ayat POLIGAMI kah yang ditulisnya. Namun di sebalik penyampaian berkenaan isu ini banyak pengajaran-pengajaran lain yang diselitkan. Termasuklah berkenaan HIJAB, FAHAMAN LIBERAL, FEMINISM, pemikiran mereka yang terlalu ekstrem, sederhana dan menolak terus. Tidak ketinggalan jua berkenaan senior kehidupan masyarakat yang mempunyai banyak masalah keluarga, masalah kehidupan remaja yang mencabar dan juga kesan masalah keluarga terhadap anak-anak.


Berkenaan dengan masalah institusi kekeluargaan yang semakin meruncing kini jua terkaitkan dalam jalan cerita novel ini. Kasih sayang sepasang suami isteri yang bernama Pak Yodong dan isterinya Ibu Dhiya' jelas kelihatan apabila mereka mencari kembali anaknya yang telah berpisah selama berbelas tahun. Pendekatan mereka-mereka berilmu untuk menarik anak muda dengan menggunakan facebook dan ruang-ruang chatting merupakan antara yang wajar dilaksanakan sebagai salah satu kaedah dakwah alaf baru. Dakwah bil hikmah. Berhujah dengan orang yang berilmu haruslah mempersiapkan diri jua dengan ilmu. Dengan kajian dan hujah yang kukuh mampu menyeleraikan satu pemasalahan yang selalu dipersoalkan...



Saranan saya agar KAUM MUSLIMIM harus membacanya....bukan berat sebelah namun penjelasannya agak jelas


Bagitu juga dengan mereka yang dahagakan ilmu boleh mendapatkannya sekarang...

Comments

RuMaH TuA said…
Novel sarat dengan pengetahuan.

Pembebasan jiwa dari perkara yg kelam.
Alhamdulillah, semoga naskhah ini menjadi lumatan ilmu yang mampu merapatkan ummah kepada Allah dan hukum-hakamnya melalui kaedah kreatif, kaedah yang jarang dipilih oleh agamawan malah kadang dipandang serong pula oleh masyarakat.

Terima kasih, wassalam.

ZAHIRUDDIN ZABIDI
bisikan insan said…
>> to RuMah Tua...betul3..sngat2.. penjernihan minda
bisikan insan said…
to Zahiruddin Zabidi..terima kasih masih sempat meninggal komen pda blog ini..moga lebih ramai ilmuan yang mengkaji menyebrkan dapatn mereka dan memberi pencerahan minda ummat islam kini..Biarkan ilmu itu tersebar walau ap cara sekalipun.