~Simbiosis~

Bukan mudah untuk mengungkap sesuatu yang hadir kepadanya

Kerana hadirnya bukan dipinta

Bukan jua direlakan

Ianya datang dan pergi tanpa keizinan naluriny

Pabila ia telah dimiliki yang lain

Secara fitrahnya ianya pergi tanpa meninggalkan jejak

Yakin akan janji Ilahi pasti yang sebenar itu akan muncul jua suatu hari nanti

Benarlah tidak perlu memulas hati dan jiwa untuk mengisi pelengkapnya

Kerana pelengkapnya itu pasti akan bertemu pada bentuk yang serasi

Maka pandanlah ia bertemu

Jika disulami dengan hiasan-hisan iman dan taqwa

Pasti ia mampu bertahan dengan lebih lama hingga ke syurga

Ketetapan Ilahi itu telah disusun rapi umpama sulaman sutera dan berbenang emas

~Ummu Faqihah~
28/12/11

Comments