Driving School

Hari ini hari pertama memulakan latihan memandu selepas mendapat L . Susah juga sebenarnya bawa kereta ni. Tapi jika buat banyak latihan, ikut arahan cikgu driving school dan ingat step dan skill, InsyaAllah dapat belajar dengan mudah. Bagaimana pula dengan sikap dan karakteristik guru yang mengajar kita.

  • A: Garang
  • B: Pendiam
  • C: Ajar sekali dan kita usaha sendiri buat selepas itu
  • D: Asyik tegur jika tersalah buat
  • E: Kurang sabar
  • F: Mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya
Saya lebih suka cikgu yang ajar saya sekali je, kemudian saya akan cuba buat sehingga dapat tanpa ajar bising-bising. Bila kiat buat silap, kita pandai ubah kembali sebab kita tahu car itu salah. Bila stereng kita terlebih ke kanan kita pusing kembali ke kiri.Tapi biasalah duduk sebelah orang tidak pandai bawa kereta ni, perasaan takut tu lain sedikit. Jadinya mesti kena berhati dan selalu tegur-tegur kalu silap. Masa inilah berlapang dada diaplikasikan. Biar cikgu nak marah nak kutuk nak kata apa-apa. Yang penting akhirnya kita dapat buat dengan jayanya. Lain orang, lain cara penerimaan pembelajarannya.

Tapi, actually saya suka buat sendiri apa-apa pun, selagi saya boleh buat, saya akan cuba sedaya upaya.. Sebelum cuba itu dapatkan tunjuk ajar dahulu, kemudian lepas tu pandai-pandailah membawa diri.

Jom layan cerita Oggy And Cockroaches belajar kereta. Cikgu die cool je..

     

Comments