Kerana-Mu

Inilah hakikatnya
Saban hari semakin ramai yang mula mengenal erti kehidupan sebenar
Semakin ramai mengenal Islam yang sebenar
Hidup ini hanyalah sementara
Dunia ini hanyalah sebuah tempat persinggahan
Tiba masanya kita akan kembali kepada yang Maha Pencipta

Namun begitu
Selagi nyawa belum sampai ke halkum
Jangan biarkan hidup ini berlalu
Tanpa dimanfaat sebaik-baiknya terhadap Agama

Andai engkau HARTAWAN
Gunakanlah sebaiknya di jalan yang benar
Andai engkau CENDIKAWAN
Gunakanlah sebaiknya untuk membangunkan ISLAM
Andai engkau SASTERAWAN
Gunakanlah sebaiknya untuk menarik ummat mengenal ISLAM
Andai engkau KARYAWAN
Gunakan sebaiknya karyamu bagi orang lain mendekatkat diri pada-Nya



Manulislah sebanyak mana engkau mampu
Namun perlu diingat kerana siapa engkau menulis
Menulislah sebanyak mana peringatan yang engkau mampu
Namun perlu diingat peringatan itu untuk diri engkau sendiri

~Ummu Faiqihah~
13/12/11

Comments

Popular Posts