~Seribu Harapan~

Siapa tahu dalam hati ini ada beribu-ribu harapan

Harapan yang mungkin tertunai dan mungkin tidak

Harapan yang besar tanpa titik peluh yang banyak

Tiada membawa sebarang erti

Harapan itu perlu diulami usaha dan tawakal

Daripada harapan jua timbul satu impian dan matlamat

Arah tuju sebenar perlu jelas

Belajar belajar dan terus belajar

Menuntut ilmu tidak pernah akan berakhir hingga ke liang lahad

Ilmu yang luas dalam pelbagai segenap aspek kehidupan

Tak kesampaian untuk menguasai semuanya

Sekadar termampu dicapai itulah akan dibawanya

Namun jiwa tidak pernah puas mencari dan menjejakinya

Kerana sedar diri yang faqir lagi jahil

Kadangkala harapan itu tidak pernah kesampaian mahupun dicium aromanya

Berharap itu tidak bersalah

Keterlaluan dalam berharap itu menjadi masalah

Andai diimani akan rukun iman yang ke-6

Pasti segalanya diserahkan kepada ketentuan-Nya

Berkat usaha dan tawakal mengiringi akan ketentuan itu

Jangan disalahkan takdir andai seribu pengharapan itu tidak tercapai

Salah dirimu yang tidak mengenal erti sebuah kesyukuran nikmat yang telah diberikan

Jangan selalu menyebut Jika itu ini Pasti itu ini

Kerana ungkapan ini menunjukkan satu penyesalan

Redhalah seadanya

Ada hikmah tersembunyi di sebalik ketentuan Ilahi

Hanya kepadaMu aku berserah

Hanya kepadaMu sebaik-baik perlindungan

~Ummu Faqihah~
28/12/11

Comments