Nak tergelak pula rasanya. Akhir-akhir ini blog Suara Hati mengalami masalah teknikal tidak dapat salin dan tampal, edit tulisan dan warna, jarak antara perenggan tidak dapat di ubah. Amat merumitkan sedikit, sehingga saya menjadikan alasan ini untuk jarang berblogging.
Bila nak post sesuatu, kurang enak mata memandangla, jadinya malas la nak post apa-apa. Semalam dengan nekadnya saya telah membuat satu blog baru. Blog bagi nafas baru untuk saya manulis dengan lebih semamngat. Nama yang diberikan juga lebih bermakna daripada Suara Hati.
Saya bayangkan tidak dapat lagi menggunakan blog ini yang hampir mencecah umur selama 3 tahun ini.
Setelah membuat blog baru, barulah saya terdetik, adakah perlu diupgrade?. Saya cuba mencari link-link upgrade, akhirnya saya jumpa di bahagian atas Dashboard.
Rupa-rupanya blog ini sudah agak terlalu dari teknologi sedia ada. Perlu diupgrade. Dashboard yang lama tidak boleh berfungsi sangat dan bahagian post sangat mengalami masalah.
Alhamdulillah, dapat berfungsi dengan baik kembali. Lebih canggih.
Namun begitu blog baru saya tidak akan disia-siakan.
Nama Blog Baru
Usaha membuat blog baru dimulai dengan mencari nama yang lebih matang dan sesuai untuk empunya blog. Kali ini blog yang kedua dibuat atas sebuah perasaan dan semangat yang lebih segar dan baru. Niat saya untuk menghasilkan sebuah blog yang lebih baik daripada blog yang pertama ini. Nama yang dipilih adalah Ummu Faiqihah. Faiqihah yang bermaksud pintar atau pandai. Mudah-mudahan saya menjadi ibu kepada anak-anak yang pintar dan pandai.
Baru sahaja post dalam blog baru sebagai perasmian. Namun apabila dapat repair kembali blog sulong ini, saya akan jadikan blog Ummu Faiqihah sebagai blog persediaan saya ketika menjadi ibu kelak. Blog kedua ini akan saya post-post tertentu sahaja dan akan digunakan sepenuhnya apabila saya telah berkahwin kelak ataupun betul-betul dewasa kelak. InsyaAllah jika masih panjang umur dan sampai jodoh. Jauh kehadapan sedikit fikir.
Kesimpulannya
Jangan takut untuk mencuba sesuatu. Kalau ada barang-barang yang perlu dibaiki, cuba tngok dan perhati dan cuba baikinya sendiri. Tetapi sekiranya terlalu bahaya, jangan di cuba.
Samalah dengan kehidupan ini, jangan takut untuk mencuba. Mencuba sesuatu yang baik. Mencuba berubah ke arah lebih baik. Umpama kata Prof Dr Muhaya, "k . Biarlah apa orang nak kata asalkan apa yang kita lakukan kita terlebih dahulu dapat melihat manfaatnya jauh ke hadapan.
Seorang pereka mentol pijar, Thomas Edison umpamanya melakukan pelbagai percubaan dengan bahan berbeza-beza sebelum beliau berjaya menyalakan sebuah mentol lampu pijar selama 40 jam menggunakan filamen karbon. Ideologi Edison, “Genius adalah satu peratus inspirasi, 99 peratus keringat". Berfikiran seperti seorang inavator.
Seterusnya, mungkin kita fikir seseorang itu tidak menyukai kita dan kita mula mencari yang lain. Namun kita tidak selidik terlebih dahulu, mengapa berlaku sedemikian. Sebenarnya dia masih menyukai kamu. Rugilah kamu.
Mungkin juga dikaitkan dengan selalu bersangka baik dalam apa jua situasi. Tidak tertinggal berkenaan dengan peluang. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sebenarnya banyak peluang di sekeliling kita. Terpulang kepada diri untuk mencelahnya.
Andai kita tidak dapat melalui sesuatu jalan, jangan kita cepat putus asa, cubalah dengan jalan altenatif yang lain, yang mungkin membawa lebih banyak kebaikan daripada jalan yang lama.
~Ummu Faiqihah~

Comments