hurt to say it

Aku tahu ia perit,
Namun aku cuba redahi,
Satu per satu dugaan tiba,
Namun tiada makna untuk mengundur ke belakang,
Sukarnya untuk memahami makna sebuah pengorbanan,
Banyak perkara yang diabaikan,
Banyak perkara yang perlu ditinggalkan,
Tiada istilah bersuka ria,
Tidak bermakna sentiasa serius,
Sukarnya untuk mendapat penghormatan,
Namun demi jalan ini,
Hati yang luka dibalut tabah,
Sukar diluahkan akan kehendak dan keperluan,
Banyak yang dipendam memakan dalam,
KepadaNya aku berserah,
KepadaNya aku mengadu,
Kerana jalan yang sempit ini tidak ramai orang yang melalui,
Buat mereka yang benar-benar menghayati,
Kecilnya dunia ini,
Tiada yang menarik mampu diagungi,
Melainkan Dia yang Maha Agong.
Moga jumpa di akhirat kelak...

Comments