Banyak buku-buku yang belum dibawa ke rumah, kesnya bimbang tiada tempat sesuai untuk diletakkan buku-buku itu. 3 rak buku yang sedia ada dirumah sememangnya dipenuhi dengan buku-buku dan file-file abah. Minggu ni saya pulang ke rumah. Sampai je rumah terus terlentok akibat keletihan berada 8 jam dalam bas.
Apa yang mengejutkan cuti ini adalah adik menunjukkan begitu banyak buku baru yang dibeli oleh abah " tengok aboh beli banyok sangat buku", saya dalam keadaan sedikit mengantuk memandang ke arah Lukman yang berusia 10 tahun adik bongsu yang sangat banyak bercakap.
" Banyoknye, wat sape?", adik menyatakan abah belikan. Ketika ini saya mula terfikir, sejak bila abah baca novel buku cinta-cinta islamik. Novel hampir 5 buah,Cinta hujung Sejadah, Tautan Hati, tasbih Cinta dll, buku-buku sejarah Tok Janggut, Surat-surat Rasulullah dll, buku islamik, kiamat sudah dekat dll..Panduan Bercinta ... Terkejut juga dibuatnya. Menambahkan koleksi buku di rak yang lama-lama iaitu buku fikrah, akademik rujukan-rujukan dll. Kenapa banyak novel cinta-cinta? Satu persoalan timbul.
Nasib baik buku-buku itu semua saya belum pernah ada. Novel saya sendiri pun ada dua sahaja, Memeluk Gerhana dan Sebarkan Cint-Mu. Agak hairan dan terkejut. Dengan izin Allah, ketika membeli tiket semalam bersama abah, sempat berbual-bual sepanjang perjalanan ke sana. Abah memulakan perbualan bertanya akan perkembangan pelajaran, usrah, praktikum dan juga tak ketinggalan tentang kakak-kakak.
"Abah dah abiskan dekat seribu beli buku-buku kat book fair haritu". Sedikit tersentak, banyaknya, patutla rak semakin penuh. Katanya, nak bagi anak-anak dan emak membaca. Sebelum ini buku-buku yang agak berat kandungannya sahaja majoritinya, kali ini nak bagi yang ringan-ringan dan menarik.Tak disangka-sangka rupanya ada perancangan lain disebaliknya. Inilah ciri yang perlu ada pada seorang ayah. Berfikir bagaimana mahu mendidik anak-anak dan isteri. Berumah tangga hampir 28 tahun, baru tahun ini abah mendapat ilham ini. Dek kerana memerhatikan buku-buku sebelum ini tidak tergerak. " Itulah, lama dah fikir, macam mana nak bagi minat membaca buku-buku macam ni?
Adik lelaki saya pun sama naik, membaca novel-novel cinta islamik. Daripada baca komik sahaja ada juga pencerahan minda mereka. Abah bercerita ketika hari pertama beli emak dan ambil satu novel tak angkat-angkat muka baca, habis satu novel. Saya hanya tersenyum. Inilah dikatakan Allah masih sayang keluara kita. Sedikit demi sedikit Dia memberi hidayah dan petunjuk. Allah..Aku pohon padaMu untuk memegang hati-hati keluarga kami untuk lebih mengenali dan mendekati-Mu.
Saya mengaku, saya mula minat membaca ketika masuk maktab, ketika itu terpengaruh dengan rakan-rakan, buku-buku yang dibeli tidak dibawa pulang kesemuanya, ketika cuti sahaja bawa balik 2-3 buku. Ketika itu juga kakak-kakak akan pinjam dan membaca seimbas lalu. Sejujurnya novel bukan pilihan saya, namun bila dah ada di atas rak terbaca jugalah.
Haritu, kakak telah memberitahu dia telah habis menggunakan boucer buku RM 200 tu dengan membeli buku-buku keagamaan. Allah..bersyukur sangat dah mula meminati kearah pembacaan seperti itu. Sekarang abah pula dapat idea macam tu. Abah faham dimana tahap anak-anaknya.
Moga dengan usaha abah ini, akan menarik ahli keluarga untuk membaca dan mendekati-Nya.
Comments