Praktikum ^_^

Praktikum...ermm...semua orang mula bercakap sal praktikum. Maklumlah kali pertama praktikum di sekolah. Oklah nak cerita jugak lah...

Tanggapan Awal



  • Sibuk
  • Tak sempat nak jalankan kerja seperti biasa
  • Banyak duit habis
  • Banyak abm kene buat
  • Nak pergi macam mana?
  • Banyak aktiviti kokurikulum..
  • Macam mana nak mengajar?
  • Yang penting semua di atas tiada masalah jika panai manage..
Semasa 
  • Alhamdulillah kehidupan seperti biasa
  • Banyak masa terluang
  • Sampai maktab 1.50 petang
  • RPH  simple2 je..x complicated sngat...
  • Dapat joint semua aktiviti dan program seperti biasa..
  • Dapat guru pembimbing yang sangat baik
  • dapat pensyarah pembimbing yang sangat baik
  • Dapat rakan sepraktikum yang sangat baik
  • Dapat sahabt dan adik2 yang sangat memahami

Bersyukur sangat...saya selalu pujuk diri, Allah tidak akan membebani diluar kemampuan kita. Sayang Allah..Dalaman yang positif dan kuat sangat penting bagi memastikan yang susah kita nampak mudah..

Banyak perkara yang saya belajar..jangan fikir terlalu complicated. Buat sehabis baik tetapi smart. 

Berbalik pada tanggapan awal..nak diceritakan seminggu sebulan sebelum praktikum saya mula merasa risau macam mana nak ke sekolah sebab tiada kenderaan. 

Yang praktikum sekali semua naik motosikal dan saya tak berani bonceng dan diorang pun macam berat. Dengan izin Allah, saya telah dipermudahkan membuat pembelian motosikal dengan mengambil keputusan seminggu sahaja perbincangan dan terus mmebelinya 2 minggu sebelum praktikum. 

Allah tahu dimana kemampuan hambanya, memandangkan lesen belum besar lagi ..baru sahaja L, dengan izinNya , saya ditempatkan di sekolah paling dekat dengan institut. Semua berlaku ada hikmahnya, dengan cukupnya pakej kenderaan dan sekolah dekat, tidak menjadi masalah kepada saya menjalankan kehidupan seperti biasa, meeting, usrah dan program-program. 

" Allah akan sentiasa menguji antum pada titik kelemahan antum, orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak diuji dengan pangkat  dan wanita, orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah, akan diuji oleh Allah dipertemukan dengan orang-orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah , seseorang yang sentiasa lambat dalam dakwah kerana alasan isteri mertua, tetamu akan sentiasa dihadapkan dengan alasan-alasan itu , mentua datang, tetamu datang bersilih ganti, yang akan terus menundakannya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya"
 - K.H Rahmat Abdullah (Cinta Sang Murabbi)


Selalu saya pegang kata-kata di atas, memang banyak kali diuji dengan keletihan dan kemalasan, namun mujahadah dan keikhlasan sebenar dapat dilihat apabila kita dapat mengharungi ujian-ujian ini. 

Ketika mendaftarkan diri ke sekolah, tidak disangka-sangka terdapat 8 orang guru praktikum lain yang turut berpraktikum selama 3 bulan. Mereka sangat baik dan banyak membantu, hanya Allah sahaja tahu betapa bertuahnya situasi kami. Mereka dijadikan bahan rujukan.

Tambahan pula saya masih menginap di asrama. Kerja-kerja organisasi masih dapat dijalankan seperti biasa, saya risau jika saya berada di luar zon selesa ini adakah saya mampu seperti ketika ini. 

Segala peluang dan kelapangan sepanjang praktikum pertama dimanfaat sebaiknya. Saya cuba tidak memberatkan diri untuk menghadiri mana-mana aktiviti mengikut kemampuan saya. Siapa tahu mudah pada awalnya sukar pada akhirnya. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah..Siapa bagi kekuatan kepada saya? Semuanya datang dari Allah s.w.t.

Namun dua tiga hari ini, Tuhan menarik sedikit nikmat sihat. Saya hampir melatah, namun cuba mengawalnya , itu cuma sedikit. Memandangkan hujan setiap pagi dan petang menyebabkan sentiasa dibasahi air hujan pergi dan pulang sekolah. Demam dan selsema..sedikit sahaja ujianNya, namun saya hampir melatah..betapa hinanya diri yang lemah ini. Sampai terkeluar dari mulut.. Tak sanggup dah redah hujan, tak larat selsema dan batuk dan dibasahi hujan. Muhasabah kembali, dengan sedikit ujian ini, adakah semua nikmat yang dilihat sebelum ini terhapus. Hanya setitik sahaja nak dibandingkan nikmat dan kemudahan diberikan sepanjang praktikum.

Apa yang penting sentiasa setkan diri kita sentiasa bersedia untuk ditarbiyyah, Semalan saya hampir membatalkan janji temu usrah adik-adik sem 3. Hampir menghantar maseg untuk membatalkannya, namun dalam keadaan teumbang ambing, saya mula memujuk diri, jika ujian ini saya tidak lepas, Allah akan menarik nikmat dan peluang untuk melaksanakan usrah pada masa akan datang. Alhamdulillah selesainya usrah saya mendapat satu kekuatan dan ketenangan kerana ramai yang hadir dan dapat bersua muka dengan adik-adik. 

Dalam kuantiti sedikit-sedikit sahaja Allah cuba menguji kita, namun haruslah kita bermujahadah dalam melawan nafsu dan cuba mengatasinya. 

Namun saya cuba tidak terlalu gembira dalam keadan zon yang sangat selesa ini, tidak tahu sama ada saya sendiri yang menjadikannya selesa atau situasi sebenar yang selasa.

I love Allah So Much...


Comments