Pernah tak dengar ayat ini, Allah sengaja menghantar sesuatu kepada kita agar kita mengingatiNya, sama ada dalam bentuk ujian, dalam bentuk ungkapan seseorang dan lain-lain. Sedarkah kita, pada zaman serba canggih ini, kita seringkali diperingati dengan kata-kata hikmah dan nasihat-nasihat berguna daripada perkongsian Facebook.
Semua itu adalah peringatan buat kita tanpa kita sedari. Ketika sedang asyik menelaah muka buka tiba-tiba terbaca status seseorang dan gambar-gambar yang dikongsikan dan tiba-tiba rasa kepala kita dihempap dengan batu. Itulah tandanya salah satu peringatan agar kita muhasabah diri disamping mengingati yang Maha Agong.
Sedang asyik membelek muka bukuku, tiba-tiba terbaca status "Speak little; do much. Well done is better than well said." Terus tertarik dengan status ini, mungkinkah aku yang dimaksudkan. Seterusnya terbaca pula pesanan luqman nul hakim
Pernah tak kalian mengalami situasi sebegini?
Terfikir-fikir bagaimana status seseorang itu ada berkaitan dengan situasi yang dihadapi oleh kalian.
Inilah dikatakan kuasa pada yang Maha Pencipta kepada penulis status dan pengkongsi maklumat.
Namun berbeza dengan satu ketika dahulu.
Ketika Facebook belum terkenal lagi. Selalu diingatkan ketika kita membelek Al-Quran pasti terkena dengan situasi kita ketika itu. Kadangkala seperti kebetulan dan kadangkala seperti sebuah ketentuan. Ketika sedih, apabila membelek Al-Quran terpapar, La tahzan, innaallah hamaana dan banyak lagi yang kebetulan bersesuaian.
Difikirkan kembali adakah adalah kebetulan atau sebaliknya.
Sesungguhnya Al-Quran itu panduan hidup yang jelas kepada manusia yang tak lapuk ditelan zaman. Islam itu syumul, Islam itu universal, Islam itu Indah, segalanya dinyatakan dalam kalam suci.
Kini semuanya mudah, kita diingatkan dengan petikan-petikan ayat suci melalui laman sosial. Benarlah, laman sosial ini umpama pisau, jika kita pandai menggunakannya, ia memberi faedah dan manfaat kepada kita, namun jika kita silap menggunakannya, ia akan memotong kita dan mendatangkan mudhorat kepada kita.
Namun ingatlah..Allah sangat menyayangi hambaNya sebab itulah Allah menghantar sesuatu untuk kita muhasabah dan mengingatiNya kembali.

Walaupun sebenarnya status itu tidak berkaitan langsung dengan kita, namun Allah telah mengilhamkan kepada pemilik status untuk menyampaikannya.
Mungkin rakan Facebooknya hampir mengcecah 1000 orang, namun yang terasa dengan status mungkin hanya 9 % daripadanya. Walaupun 9 % ia tetap bermakna kepada pembacanya.
Teringat kisah peceramah yang dikehendaki memberi ceramah berkenaan dengan fadhilat solat witir. Ketika sampainya ditempat ceramah tersebut, tidak ramai yang melayan cermahnya. Bagi panggilan yang kedua, beliau merasakan berat untuk menghadirinya kerana menganggap akan berlaku perkara yang sama, namun beliau memaksa diri untuk menghadirinya.
Alangkah terkejutnya beliau kerana dalam ceramah yang pertama dahulu yang disangka tiada yang berminat mendengaranya terdapat seorang pendengar yang begitu bersungguh-sungguh mendengar dan mengamalkan apa yang disampaikan pada ceramah yang lalu iaitu fadhilat solat witir.
Usah kita risau atau risau apa yang akan berlaku.
Jangan kekok untuk menyampaikan dan berkongsi akan kebaikan, kerana setiap amalan yang baik yang diikuti melaluimu akan mendapat saham kepadamu di akhirat kelak. Tidak semua cukuplah seorang.

Comments