Skip to main content
Mujahadah
al-Nafs
Syeikh
Sa’id Hawwa amat menekankan tarbiyah
ruhiyyah dalam bermujahadah melawan
al-Nafs. Pertama, ada berbagai penyakit dalam hati sekiranya ditemui akan
menghalangi masuknya cahaya ke dalam hati. Hal ini memerlukan usaha untuk
menyingkirkan kewujudan penyakit-penyakit tersebut dan usaha untuk membebaskan
dan menyembuhkannya. Kedua, penyebab utama penyakit ini dapat bersifat
pemikiran (fikriyah) mahupun kejiwaan
(nafsiyah). Penyebab yang bersifat
pemikiran ubatnya adalah ilmu dan berfikir, manakala penyebab kejiwaan
menyelesaikannya adalah mujahadah. Adapun tentang mujahadah ini diperlukan
pembicaraan khusus. Mujahadah pada hakikatnya merupakan pengaruh langsung yang
seharusnya muncul dari ilmu yang benar dan zikir berterusan. Ilmu dan zikir
adalah dua rukun dalam perjalanan menuju Allah. Maka ilmu yang benar semestinya
dapat pula melahirkan mujahadah al-nafs secara langsung. Manakala bekal yang
dapat membantu dalam mujahadah ini adalah zikir. Sekiranya ilmu tidak
dilahirkan mujahadah, maka itu bukanlah ilmu yang benar.
Comments