..:::Selepas result UPSR keluar:::....
"Anak kamu dapat berape UPSR?"
" Nak hantar mane nanti?"
1. " Hantarlah kat sekolah sains, mudah sikit dapat kerja nanti"
2. " Hantarlah sekolah agama, ada juga saham nanti kita dah tiada"
3. " Hantarlah sekolah yg ada agama dan sains boleh pergi mana-mana lepas ni"
Mungkin inilah perbualan yang berlaku antara ibu bapa selepas keluarnya keputusan UPSR
ok..UPSR tak lama lagi dah tak ada...setakat yang telah berlaku inilah antara topik yang diperbincangkan.
Bagi no. 1, ada berpandangan sekolah yang mempunyai aliran sains adalah terbaik buat anak-anaknya.
No. 2 berpandangan sekolah agama terbaik buat anaknya. Untuk melahirkan anak yang soleh solehah boleh mengajar agama n baca tahlil ketika sudah orang tua meninggal dunia.
No.3 yang ni balance tapi still memikirkan akan kerjaya.
Sejak saya kecil lagi saya mendengar perbualan dan pandangan sebegini. Katanya apabila mengambil aliran sains, banyak kerja yang ditawarkan berbanding mereka kelulusan sekolah agama. Sekolah agama dianggap sebagai tempat melahirkan ustaz ustazah semata-mata.
Ketiga-tiga perancangan ini segala memikirkan masa depan anak-anak, tetapi ada yang jangka masa panjang dan ada yang jangka masa singkat.
Bagi anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang juga penat memikirkan di mana tempat sesuai...sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh, SBP atau MRSM.
Inilah realiti sebenar ibu bapa. Mereka berfikir 24 jam akan masa depan anak-anak. Berbalik pada jangka masa panjang dan masa jangka pendek.
Perspeksi ini perlu diubah. Jangan asing-asingkan berkenaan aliran Agama. Siapa cakap orang yang ambil aliran agama semua jadi ustaz ustazah dan susah dapat kerja. Inilah omokan-omokan yang digembar-gemburkan.
Memang tak dinafikan ibu bapa ingin membuat keputusan yang terbaik bagi anak-anak.Ibu bapa perlu jelas dimana paling sesuai untuk menempatkan anak-anak ke alam sekolah menengah nanti.
Semestinya di mana sahaja dicampakkan pasti ada pro dan kontranya.
Perancangan bagi pendidikan anak-anak ini bukan dibuat selepas keputusan keluar semata-mata. Ia memerlukan perancangan dari awal. Keputusan baik atau kurang merupakan persoalan dan plan kedua. Plan pertama perlu siap terlebih dahulu.
Segala perancangan akan memberi kesan pada persediaan dari awal lagi. Andainya ingin menghantar ke SBP, sudah pasti sejak awal lagi anak-anak di beri bayangan dan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan ditanam cita-cita yang sepatutnya. Namun diingatkan walaupun sekolah SBP, didikan agama itu wajib. Ada yang cuba mengelak aliran agama kerana takut untuk belajar agama, kena hafal Quran , kena belajar Bahasa Arab, tkut fail bahasa Arab dan mcm-mcm lagi. Jangan jadi Muslim yang takut dengan agama sendiri.
Dalam situasi begini, sejak akhir-akhir ramai pula yang berpusu-pusu menghantar anak ke solah aliran agama. Kesedaran agama semakin meningkat. Katanya kalu aku tak pakai tudung pun, aku nak juga ketika aku mati ada yang bacakan doa pada aku.
Ada sesetengah ibu bapa membuat perancangan pendidikan anaknya sejak dilahirkan lagi. Ummi nak anak ummi nanti belajar sekolah ni sekolah tu..pastu jadilah apa yang ummi nak....Semestinya kita hanya mampu merancang Allah menentukan. Namun ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak, dengan salah satu caranya kemana ditempatkan anak-anak untuk menuntut ilmu.
Dunia kini berbeza, ibu bapa semakin sporting dengan anak-anak. Ditanya dahulu ingin sekolah agama ke tidak, ingin duduk asrama ke tidak..segalanya diikuti. Bimbang anak-anak akan memberontak tidak ingat akan keluarga lagi.
Saya yakin semua orang mengalami situasi untuk membuat pilihan sebegini.
Dalam bab memohon sekolah untuk adik-adik ini saya selalu berselesihan pendapat. Saya tidak mahu adik-adik ditempatkan ke sekolah sebarangan. Walaupun hebat mana sekolah tu, tapi akhlak tak elok saya kurang setuju. Namun apakah daya hanya suara halus mengutarakannya.
Sejujurnya saya juga dikehendaki mengikuti kehendak ibu bapa untuk ke sekolah mana. Saya dapat merasakan apa kata yang dilaungkan sejak PASTI dilaungkan kembali sewaktu saya telah dewasa. Allah telah aturkan dengan baik sekali. Terima kasih ibu ayah memberi didikan sebaiknya pada saya. Walaupun dicampak hampir beberapa sekolah dan adakala saya memberontak..Alhamdulillah saya cuba tamatkan.
Namun yakin dan percayalah didikan daripada rumah lagi adalah paling utama dan berkesan. Di mana sahaja anak-anak dicampakkan, mereka masih berpegang dengan didikan daripada keluarga.
Ibu bapa perlu memberi penekanan dalam tarbiyah anak-anak bermula dari kecil lagi. Terpulang dalam apa cara sekalipun. Pasakkan diri anak-anak dengan islam sejak awal lagi. Walaupun dimana mereka berada jiwa mereka masih selari dengan tuntutan.

Comments