Keterpaksaan Melahirkan Inovasi

REVOLUSI DAN INOVASI.

Kereta kebal rekaan Liwa' Al-Ansor di pinggir wilayah Halab. Mereka tidak memerlukan campur tangan luar terutamanya US seperti mana yang digembar gemburkan dunia.

Basyar dan Iran ada ke?



Hebatkan..Allah ilhamkan sesuatu yang sebelum disangkakan diluar kemampuan...Sungguh advance...

Pertolongan ALLAH

Pertolongan Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Banyak kisah-kisah yang menunjukkan Allah memberi pertolongan ketika berperang. Datang orang berjubah putih dan tentera berpakaian putih dan banyak lagi. Pertolongan yang sentiasa diyakini oleh Ummat Islam..

Salah satunya dengan memberi ilham kepada hamba-hambanya...Ia juga merupakan pertolongan dari Allah. Jangan berasa bangga dan sombong andai kita terdetik idea-idea yang bombastik dan luar biasa. Segalanya datang dari Allah yang dilalui melalui pemikiran-pemikiran hambanya.

Ilham dari Allah

Saya pernah menyatakan kepada sahabat-sahabat jika kita berada dalam sesuatu perbincangan ataupun meeting, kadang-kadanag ada sahaja idea-idea yang datang kepada kita. Tetapi ada yang berat untuk diluahkan. Jangan terkejut jika idea yang sama keluar daripada sahabat yang lain sama dengan apa yang kita fikirkan.

Disini formulanya, jika Allah ilhamkan sesuatu kepada kita tetapi kita tak mampu nak luahkan, Allah akan memberi ilham yang sama kepada yang lain yang mampu meluahkan. Bersyukurlah andai Allah memilih kita mengilhamkan sesuatu yang bermanfaat. Manfaat untuk orang ramai. Tidak salah jika mengutarakan idea.  Beristighfarlah andai idea kita diterima dan ucapkan alhamdulillah jika tidak diterima. 


Tekanan menghasilkan kreativiti dan inovasi

Saya suka melihat cara-cara orang terdahulu mereka sesuatu yang kreatif untuk kemudahan mereka. 

Tengok sahaja zaman purba sudah terdapat kapak yang diperbuat daripada batu. Sebab mereka memerlukannya. Tekanan dan keterpaksaan menyebabkan manusia menjadi kreatif dan inovasi.

Begitu juga orang kampung banyak benda-benda yang pelik kita lihat yang memberi manfaat kepada mereka..kadang-kadang kita tidak terfikir pun.


Kreativiti orang kampung di negara China


Menyiapkan Tugasan

Begitu juga dengan dunia pelajar, dalam menyiapkan tugasan pada minit terakhir, ketika itulah muncul idea-idea mencurah-curah ke ladang gandum. Hasil tekanan dengan keadaan sekeliling, tugasan dapat disiapkan dalam masa beberapa jam walaupun telah diberi tempoh sepatutnya.

Yang penting berusaha dan tawakal.

Pertolongan Allah pasti datang

Berpegang jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita...

:)



Comments