Prove It

Alhamdulillah bulan ini Tuhan berikan berita kesedihan dan kegembiraan.

Berkenaan dengan tajuk kali ini, saya ingin berkongsi keputusan peperiksaan saya yang membuatkan saya berfikir dan membuat refleksi sendiri.

Pada  7 Februari lepas keputusan peperiksaan saya bagi sem 3 telah keluar. Keputusan yang diperoleh membuatkan saya begitu gembira dan mengimbau kembali kenangan ketika belajar pada zaman degree dahulu.

Ketika itu pada awalnya saya sentiasa memperolehi keputusan yang tinggi dan pada suatu tahap saya abaikan prestasi pengajian saya. Saya bukanlah antara pelajar yang disukai oleh pensyarah.Selalu sahaja perasaan negatif muncul ketika itu. Dalam hati saya berkata, pensyarah pilih orang-orang cantik sahaja dan yang pandai sahaja. Hanya pelajar-pelajar tertentu sahaja yang pensyarah jabatan mengambil berat dan suka.

 Pernah suatu ketika dalam pertandingan INOVASI peringkat Institut, saya memperoleh anugerah Emas pada tempat Kedua namun sekeping gambar kumpulan kami pun tidak ditampal dijabatan. Sedangkan kemenangan yang diperoleh sekaligus melayakkan jabatan merangkul duit RM 1000 kerana paling banyak peserta jabatan kami peroleh skor yang tinggi. Gambar rakan-rakan kami yang memperolehi tempat ketiga dan saguhati terpapar untuk dipamerkan. Perkara-perkara kecil sebegini pun telah menyebabkan hati dah tak keruan dan rasa tersisih. Sebelum itu lagi, saya pernah menjadi pelajar yang tercorot dalam praktikum sewaktu orang lain memperoleh cemerlang. Sedangkan kesilapan berlaku tidak terlalu besar. Ayat yang menyebabkan saya ingat sampai sekarang pensyarah itu menyatakan Praktikum Semester 1 awak tak sepatutnya mendapat A kerana masih baru mula berpraktikum. Tapi saya mempertikai kenapa kawan-kawan saya layak sedangkan saya tidak, adakah disebabkan penampilan dan fizikal.

Pengalaman tersebut memberi makna dan membuatkan saya bersedia dengan cabaran akan datang. Kini pada tahun 2017 perkara yang sama berlaku. Ketika semua staf di sekolah saya memperoleh markah prestasi yang cemerlang, saya antara golongan yang tercicir daripada markah cemerlang dek kerana kata majikan saya kesilapan sistem. walaupun kesilapan sistem sekalipun perasaan rendah diri tetap berlaku,. Sedangkan saya merasakan tahun 2016 saya paling banyak ditaklifkan dengan pelbagai jawatan. Mungkin saya tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik kerana terlalu banyak. Alasan kesilapan sistem membuatkan saya redha dan keputusan itu juga tidak boleh diubah,

Benarlah orang kata pengalaman mengajar erti kehidupan. Pelangi juga akan muncul setelah awan mendung dan hujan,

Sehari selepas keputusan prestasi keluar, keputusan sem 3 keluar dan membuatkan saya begitu gembira. Tuhan membalasnya dengan memperoleh keputusan yang paling cemerlang pernah diperolehi.


Lihat pada subjek yang sama, cuma tahun yang berbeza 2011 dan 2016, isi kandungannya sedikit berbeza dan lebih mencabar dan saya buktikan saya mampu melakukannya. Alhamdulillah disebalik kesedihan markah prestasi yang mempunyai jurang yang tinggi dengan rakan sekerja yang lain ( kononnya kesilapan sistem) Tuhan hadiahkan sesuatu yang sangat berharga untuk disimpan sebagai satu kenangan. Subjek ini merupakan subjek paling digeruni bagi yang mengambilnya, Ketika saya memperoleh keputusan sebegini ada rakan kumpulan saya perlu mengulang subjek kerana universiti kami B- telah dikira gagal. Moga beliau dapat keputusan yang baik pada sem akan datang. 

Sebagai pendidik, kita tidak boleh memilih pelajar kita seperti memilih kain di pasar. Berilah kesamarataan dalam kasih sayang dan bimbingan, Rezeki Allah tidak pernah salah alamat. 

Comments